Bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa air kosong membawa banyak faedah kepada mereka yang meminumnya. Ia bukanlah satu misteri lagi bahawa air kosong mempunyai banyak manfaat. Namun, ada sahaja alasan orang untuk tidak meminumnya kerana lebih gemarkan air berperisa dan manis. Ketahuilah bahawa air kosong lebih berkhasiat untuk kesihatan kita semua. Antaranya adalah :

#1 Bantu mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan

 

Kredit: Makeup Nuovogennarino

Air memainkan peranan penting dalam membantu proses penghadaman, peredaran darah, penghasilan air liur, pengawalan suhu badan serta untuk penyerapan nutrisi. Hal ini kerana 60% daripada badan manusia terdiri daripada air. Fungsi badan anda boleh terganggu jika air dalam badan tidak mencukup dan menjadikan anda kurang cergas, tidak aktif serta tenaga anda akan dihadkan. Jika badan kekurangan air, otak akan menghantar isyarat dahaga. Jika terlebih air pula, ia akan dibuang melalui pernafasan, peluh dan kencing.

#2 Mampu mengawal kalori

 

Kredit: Deskgram

Apa yang menarik tentang air kosong ialah sebanyak mana pun anda meminumnya, kalori yang diambil tetap sama – kosong kalori! Jika anda minum dalam jumlah yang banyak, ia akan membantu perut anda berasa kenyang tanpa anda perlu menambah pengambilan kalori. Jadi, ia amat membantu mereka yang mahu mencapai berat badan yang ideal.

#3 Otot akan lebih sihat

Kredit: Arla Foods Ingredients

Pengecutan sel-sel otot berlaku apabila kandungan air pada otot tidak mencukupi dan keadaan itu akan membuatkan otot keletihan serta mengganggu fungsi dan prestasinya. Oleh kerana itulah, anda dinasihatkan untuk meminum air secukupnya sewaktu melakukan aktiviti fizikal agar otot anda kekal cergas.  

#4 Kulit kelihatan lebih segar

 

 

Kredit: Quora

Organ terbesar pada manusia merupakan kulit dan ia secara tidak langsung mengandungi banyak air. Pengambilan air secukupnya mampu menjamin kulit anda kekal segar dan kelihatan muda. Tetapi, dengan minum air sahaja tidak mampu menghilangkan kedutan pada kulit wajah anda. Anda perlu juga menggunakan pelembap kulit untuk mengekalkan kelembapan pada kulit anda.

#5 Menyahtoksin

Badan manusia mengeluarkan bahan toksin dengan pelbagai cara. Antaranya ialah proses perkumuhan iaitu kencing. Melalui cara ini, buah pinggang menjalankan fungsinya untuk menapis kandungan air dan mengeluarkannya melalui air kencing. Oleh yang demikian, jika anda minum air secukupnya, maka ia dapat membantu buah pinggang membuang toksin dengan lebih efisyen. Anda boleh periksa sendiri air kencing anda. Jika cerah dan tidak berbau, ini bermakna badan anda memiliki kandungan air yang cukup. Jika kurang, air kencing anda akan berbau dan warnanya akan lebih gelap. Kekurangan air juga mendedahkan anda kepada masalah pembentukan batu karang dalam buah pinggang.

Kesimpulannya, amalkan pengambilan air kosong dalam diet pemakanan anda. Ternyata, air kosong banyak manfaatnya. Sudahkah anda minum air secukupnya hari ini?

Sumber: hellodoktor

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds