Dalam kehidupan mana-mana kanak-kanak sekalipun, kasih sayang daripada ibu dan bapa pasti merupakan sesuatu yang sangat penting. Tetapi malangnya, tidak semua orang mendapat perkara itu. Bagi sesetengah kanak-kanak yang kurang bernasib baik, ini adalah impian yang sederhana dalam hidupnya. Misalnya, kanak-kanak yang datang ke sebuah acara di China ini.

Kredit: gurumandarin/YouTube

Wang Shuyun, seorang anak gadis berusia 9 tahun, menyatakan perasaannya bahawa dia tidak ubah seperti kanak-kanak yang dibuang oleh keluarganya sendiri. Anak ini datang ke acara tersebut untuk mencari ibu kandungnya. Ibunya dikhabarkan bekerja di bandar Zheijiang, dan dia sudah 4 tahun terpisah dengan ibunya.

Shuyun datang dengan memegang anak patung, dia mendedahkan bahawa anak patung itu adalah anak patung yang diberikan oleh ibunya ketika dia berusia 5 tahun. Baju yang dipakai oleh anak patung itu telah koyak oleh adik lelakinya, tetapi dia telah menjahitnya semula. Pada usia kanak-kanak, dia sudah perlu menjahit dengan sendirinya. Anak patung Barbie itu bernama Wang Xiaoli. Shuyun hanya mahu anak patung itu menjadi ibu kecilnya.

Kredit: gurumandarin/YouTube

“Kerana dalam 4 tahun cinta dan kerinduan Shuyun untuk ibu terus berkembang, saya sering menangis kerana saya rindukan seorang ibu yang meninggalkan saya. Tetapi, saya perlu menjaga adik-adik saya dan telah dibantu oleh datuk dan nenek saya walaupun saya ditinggalkan oleh ibu saya, tetapi saya percaya bahawa ibu saya akan kembali.”

Kredit: gurumandarin/YouTube

Bapa Shuyun ada pulang ke rumah pada Tahun Baru, tetapi hanya pulang selama 3 atau 4 hari sahaja. Tetapi yang anehnya, setiap kali bapanya pulang ke rumah, dia tidak pernah bertanya tentang keadaan dan keberadaan isterinya.

Namun Shuyun tetap menunggu selama 4 tahun, sedangkan datuk dan nenek Shuyun sering berkata bahawa ibunya sudah beberapa kali pulang namun setiap kalinya, Shuyun sedang berada di rumah ibu saudaranya. Tetapi setiap kalinya juga, ibunya tidak pernah mencari atau pergi ke rumah ibu saudaranya itu.

Kredit: gurumandarin/YouTube

Shuyun telah menyimpan wang saku sebanyak 400 yuan yang diberikan oleh datuk dan neneknya untuk mencari ibunya, tetapi dia menyembunyikan wang itu kerana bimbang wang itu diambil oleh neneknya. Hal ini kerana sebelum ini sudah dua kali terjadinya kes kehilangan duitnya yang diambil oleh neneknya.

Menerusi acara itu, ibu Shuyun telah dipujuk untuk datang dan bertemu dengan anaknya, dan dia telah bersetuju untuk menjadi tetamu bersama di dalam acara itu.

Kredit: gurumandarin/YouTube

Saat yang paling emosi adalah ketika mereka mula bertemu di atas pentas, di mana Shuyun dan ibunya masing-masing menitiskan air mata kerinduan. Shuyun menunjukkan keputusan ujian di sekolahnya yang cemerlang dan berkata:

“Saya belajar setiap hari untuk mendapatkan keputusan yang baik dan saya juga akan menjaga keluarga saya.”

Kredit: gurumandarin/YouTube

Seterusnya, si ibu dipertunjukkan dengan video rakaman kehidupan seharian anaknya dari mula mengurus adiknya, memasak, menghibur adiknya yang menangis hingga menemani adiknya ketika tidur. Shuyun merasa hidupnya begitu sukar dan dia pasti bahawa semuanya akan menjadi mudah dengan kehadiran seorang ibu di sisinya.

Melihat keadaan ini, ibu Shuyun ditimpa rasa bersalah yang menggunung kerana telah menyusahkan anak kandungnya sendiri.

Shuyun juga menceritakan pengalamannya di sekolah yang tidak mempunyai rakan kerana dia tidak mempunyai ibu bapa seperti kanak-kanak yang lain. Pada akhirnya, Shuyun ingin memberikan hadiah kepada ibunya dan hadiah itu disimpan di dalam sebuah beg kecil.

Kredit: gurumandarin/YouTube

Setelah hadiah itu disampaikan kepada ibunya oleh pengacara itu, si ibu terus menangis lagi kerana rupa-rupanya Shuyun memberikan wang saku yang disimpan selama 4 tahun kepada ibunya, untuk ibunya membeli tiket pulang bertemunya.

Acara yang begitu menyayat hati ini akhirnya berjaya menemukan kedua anak beranak ini dan mereka berpelukan seperti tidak akan terpisah lagi. Saksikan saat yang emosi ini sendiri:


Kredit: gurumandarin/YouTube

Sumber: cerpen

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds