KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 19 September berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan dana bernilai RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadinya.

Dalam satu kenyataan rasmi media pada 19 September, SPRM telah memaklumkan penahanan tersebut telah dibuat pada jam 4.13 petang, 19 September di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Kredit :  Mohd Yusni Ariffin/New Straits Times

Dalam kenyataan tersebut, Ahli Parlimen Pekan ini akan didakwa dengan pertuduhan membabitkan dana 1MDB berkaitan wang bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, yang selama ini didakwa merupakan ‘derma’ daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Datuk Seri Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Kenyataan media SPRM memaklumkan Datuk Seri Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 September 2018 (hari ini), jam 3.00 petang untuk pertuduhan di mahkamah.

Kredit : Berita Harian

SPRM juga memaklumkan akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Datuk Seri Najib sebelum dibawa ke mahakamah pada hari ini (20 September), bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Sejak bulan Julai, Datuk Seri Najib telah berdepan dengan lapan pertuduhan di mahkamah setakat ini.

Kredit : Reuters

Sebelum ini, Datuk Seri Najib menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram di bawah AMLA 2001 dan empat lagi pertuduhan pindaan berhubung RM42 juta dana SRC International ke dalam akaun peribadinya.

Tiga deposit membabitkan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta telah dimasukkan ke dalam akaun AmIslamic milik Datuk Seri Najib antara tarikh 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015. Datuk Seri Najib sebelum ini mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan.

Kredit: Bernama News Channel/Facebook

Sumber : SPRM, Berita Harian, SAYSBernama News Channel/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds