Seorang remaja yang bernama Jamal Rutledge yang berusia 17 tahun ini menyelamatkan nyawa seorang pegawai polis ketika dia ditahan pada tahun 2014.

Kamera pengawasan stesen polis Fort Lauderdale merekodkan bahagian dalam sebuah bilik yang menunjukkan Pegawai Franklin Foulks sedang melakukan kertas kerja dan Rutledge pula sedang menunggu di bangku tepi dinding bilik tersebut.

Kemudian… Foulks tiba-tiba rebah.

Pada ketika itu, Rutledge melihat situasi tersebut dari tempat duduknya dan mula menjerit meminta pertolongan. Dia juga bangun dan menendang pintu dan membuat banyak bunyi untuk mendapatkan perhatian pegawai lain.

Akhirnya tiga pegawai lain berlari masuk dan melihat Faulks dalam keadaan separuh sedar dan menyesuaikan badannya agar mendapat pernafasan mudah. Salah seorang pegawai memulakan CPR sementara yang lain bersedia untuk menghantarnya ke hospital.

Kakitangan di hospital yang merawat Faulks memuji tindakan pantas Rutledge untuk menyelamatkan nyawa pegawai itu. Sentimen itu disuarakan oleh Jabatan Polis, menyuarakan rasa hormat terhadap remaja itu pada Januari 2015.

Sumber: inspiremore

Walaupun Ruthledge berhadapan dengan komplikasi undang-undang atas penangkapannya. Jabatan Polis menegaskan tindakannya, detektif DeAnna Greenlaw berkata, “kami mahu memuji dia kerana membuat keputusan yang tepat. Kami mahu memberi kesan positif terhadapnya dan pandangannya terhadap pegawai polis.”

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds