Tinggalkan sebentar kerja-kerja yang tidak berkesudahan itu. Mari kita saksikan video yang pastinya akan menceriakan hari anda.

videoPlayerId=b714578ab

Ad will display in 09 seconds

Hari ini kami ingin menunjukkan kepada anda sebuah video telatah bayi kembar yang terhibur dengan gerak geri yang dilakukan oleh ayahnya. Mereka ketawa bagai lupa diri! Memang comel!

Kredit: Enrique Iglesias/Instagram

Ayah kepada pasangan bayi kembar ini tidak lain tidak bukan adalah penyanyi pop Sepanyol yang terkenal, Enrique Iglesias. Dia telah berkongsi video ini melalui akaun Instagramnya untuk menggembirakan peminat-peminatnya.

Menerusi video yang comel ini, Enrique muncul dan berlari sambil membuat bunyi mirip ayam belanda untuk menghiburkan bayi kembarnya, Nicholas dan Lucy, yang menikmati persembahan ayah mereka sambil duduk di dalam kereta dorong.

Adalah jelas bahawa penyanyi yang terkenal itu cuba untuk mengimbangi masa dengan keluarganya, kerana dia seorang yang sangat sibuk dengan tugasan kerja. Oleh itu, dia perlu menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarganya yang baharu membesar itu.

Kelahiran anak kembar ini sememangnya telah mengubah kehidupan penyanyi terkenal ini bersama dengan cinta hatinya, pemain tenis Rusia, Anna Kournikova.

Kredit: Enrique Iglesias/Instagram

“Saya tidak membayangkan untuk menjadi bapa, tetapi sekarang saya sudah menjadi bapa, saya sukakannya. Saya sayangkan anak-anak saya, mereka adalah dua keajaiban dan mereka telah mengisi saya dengan kehidupan. Sejak kelahiran mereka, saya menjadi semakin bertenaga, semakin mahu menulis dan saya lebih teruja dari sebelumnya,” kata Enrique kepada Clarin.

Kredit: Enrique Iglesias/Instagram

Pada zaman ini yang sering mementingkan nilai materialisme, Enrique menunjukkan contoh kegembiraan yang suci yang boleh didapati dengan begitu mudah sekali. Malahan, tidak perlu mengeluarkan sesen pun wang untuknya, hanya masa yang berkualiti dengan keluarga sahaja modal yang diperlukan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds