Kini, umur minimum untuk mengundi telah diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun setelah mendapat persetujuan oleh kabinet pada 19 September. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan bahawa mereka yang telah mencapai umur 18 tahun dapat membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

Kredit: Malay Mail

Menurut laporan Free Malaysia Today, kabinet telah pun bersetuju untuk menurunkan umur minimum mengundi kepada 18 tahun berbanding 21 tahun selepas menjalankan rundingan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas.

“Perubahan tersebut memerlukan persetujuan dan sokongan 2/3 daripada ahli dewan di Parlimen, dan saya akan bertemu dengan pemimpin belia semua parti yang diwakili di Parlimen untuk mendapatkan sokongan mereka terhadap pindaan (perlembagaan),” jelas ahli parlimen Muar tersebut kepada  Malay Mail. Perubahan itu juga membolehkan golongan belia di Malaysia dapat terlibat secara langsung dengan perihal pentadbiran negara.

Malaysiakini melaporkan bahawa Syed Saddiq mengumumkan hasratnya untuk membentuk Kaukus Belia di Parlimen. “Kaukus Belia membolehkan ahli mendapat input daripada anggota parlimen belia setiap parti, bukan hanya pada usia pengundian, tetapi isu-isu lain yang melibatkan belia juga,” katanya.

Setelah pindaan berkenaan digazetkan menjadi undang-undang negara, Malaysia bakal menyertai 9 buah negara yang telah pun menjadikan umur minimum mengundi kepada 18 tahun iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, India, Iran, Indonesia, Filipina, Thailand dan Kemboja.

Kredit: Malaysiakini (Gambar sekadar hiasan)

Menurut undang-undang di Malaysia, pada umur 18 tahun, seseorang itu sudah layak untuk mengambil lesen memandu, menandatangani kontrak ataupun berkahwin.

Sumber: SaysFree Malaysia TodayMalay Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds