Keseronokan bermain air tidak tergambar dengan kata-kata, lebih-lebih lagi bagi golongan kanak-kanak.

Namun, bagi lelaki dalam video ini, dia memutuskan untuk membina gelongsor air sendiri tanpa bantuan sebarang alatan.

videoPlayerId=acf05814e

Ad will display in 09 seconds

Lelaki kreatif ini membina keseluruhan gelongsor air mininya hanya dengan menggunakan tangan.

Mari kita lihat bagaimana dia membinanya.

Pada mulanya dia menggali lubang untuk dijadikan sebagai kolam. Setelah selesai menggali, dia mencedok air untuk mengeluarkan air yang berada dalam lubang tersebut.

Ratakan lumpur tanah liat di sekeliling kolam supaya air yang diisi nanti tidak diserap oleh tanah.

Sebelum lumpur kering, letakkan dan tampal batu-batu sungai di sekitar kolam.

Susun batu untuk membina bahagian gelongsor pula. Susun batu mengikut ketinggian yang anda mahukan.

Gunakan lumpur tanah liat supaya struktur batu kukuh.

Timbunkan tanah di bahagian ruang tengah susunan batu.

Pastikan ia padat dengan tanah supaya struktur menjadi kukuh dan kuat.

Bentukkan tanah seperti tangga supaya mudah untuk naik ke atas.

Dia meratakan lumpur di bahagian yang mahu diletakkan buluh untuk dijadikan sebagai gelongsor.

Hiaskan dengan rumput supaya nampak lebih cantik dan kelihatan semula jadi.

Siap! Bersedia untuk bermain gelongsor.

Era Baru

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds