Gangguan hormon akibat datang bulan ataupun menopos dalam kalangan wanita sememangnya boleh menjejaskan mood, berat badan, ketagihan terhadap sesuatu makanan dan juga keinginan terhadap nafsu seks.

Segelintir wanita mungkin tidak akan terlalu tertekan dengan masalah-masalah ini tetapi bagi sesetengah wanita lain, datang bulan mahupun menopos boleh diibaratkan seperti kapal yang bakal karam kerana dilanda badai.

 

Kredit: Pinterest

Menurut kajian, hormon progesteron mungkin boleh menyekat keupayaan seseorang untuk membaca emosi individu lain melalui ekspresi wajah mereka. Sehinggalah pada hari kelima atau keenam kitaran haid anda, barulah anda mampu bersikap lebih rasional. Hal ini kerana pada waktu itu, tahap progesteron dalam tubuh anda menjadi rendah.

Pada hari kelima hingga ke-13, hormon estrogen akan meningkat dan membuatkan  anda menjadi lebih yakin, feminin dan seksi. Tempoh ini mencatatkan waktu di mana seorang wanita menjadi subur.

Kemudian pada hari ke-16, hormon estrogen dan testosteron akan menurun dan menggalakkan pembebasan telur. Pada masa yang sama, anda akan mengalami peningkatan progesteron yang kadangkala dirujuk sebagai ‘penenangan hormon’. Anda mungkin memerlukan rehat yang lebih dan akan mempunyai ketagihan makanan yang serius. Keadaan ini merupakan cara yang tubuh anda lakukan untuk melindungi dirinya jika kehamilan berlaku.

Tahukah anda apa itu Sindrom Premenstrual atau lebih mudah disebut sebagai PMS?

Kredit: playbuzz

PMS merupakan sekumpulan simptom yang berkaitan dengan kitaran haid. Simptom PMS boleh berlaku seminggu atau dua minggu sebelum anda datang haid. PMS boleh mengakibatkan gangguan mood yang tidak boleh dikawal dalam kalangan wanita.

Misalnya, seseorang wanita boleh menangis secara tiba-tiba, diserang perasaan bimbang yang melampau, marah sebelum kembali semula ke emosi yang stabil tanpa diduga. Berikut merupakan simptom PMS yang biasa terjadi:

  • Sakit hati
  • Marah
  • Murung
  • Menangis
  • Terlebih sensitif
  • Bimbang dan gementar
  • Sedih bercampur marah

 

Kredit: practo

Untuk mengawal simptom PMS dengan lebih baik, anda digalakkan untuk emngubah cara hidup anda. Amalkan pemakanan yang seimbang, gaya hidup sihat, kerap bersenam dan lakukan perkara yang menggembirakan hati tanpa perlu memikirkan pandangan orang lain.

Kredit: HealthSignz/Facebook

Sumber: Hello DoktorHealthSignz/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds