“Pillar of Sabah” dilancarkan pada 16 September 2018 dan menarik lebih daripada 200 pengunjung, termasuk Datuk Bandar.

Bersempena dengan Hari Malaysia pada 16 September, sekumpulan orang berkumpul untuk menyuarakan cinta terhadap negara mereka dengan menceriakan bandar dengan karya lukisan.

Kredit: Joseph Yapp/Facebook

Hong Yi (Red), yang dikenali peringkat antarabangsa kerana menghasilkan seni dengan menggunakan objek yang boleh dijumpai seharian. Bersama-sama dengan rakan sekolahnya yang merupakan seorang produksi filem tempatan, Jared Abdul Rahman. Pada mulanya beliau merancang untuk melukis di laman Kota Kinabalu dengan cat kuning cerah semasa tempoh pilihan raya pada bulan Mei lalu.

Bagaimanapun, berikutan perubahan baru dalam kerajaan, kedua-dua mereka memutuskan untuk meraikannya dengan seni, masyarakat dan rakyat Sabah. Menghidupkan semula tapak yang terbiar dalam projek yang disebut “Pillar of Sabah”.

Sumber: Red Hong Yi

Projek itu dilaksanakan oleh 30 artis seni, pereka grafik, pelukis, arkitek, jurugambar dan kartunis yang masing-masing diberikan bahagian tiang untuk melukis potret inspirasi rakyat Malaysia.

“Jared dan saya memastikan terdapat campuran diantara artis lelaki dan perempuan, pelbagai kaum, pelbagai gaya seni… kami ingin mengubah tapak ini kepada salah satu tempat yang akan memberi inspirasi kepada pengunjung melalui lukisan seni dan kisah orang-orang ini,” kata Hong Yi.

Pasukannya memulakan projek mereka pada bulan pertama melalui perbincangan aplikasi WhatsApp.

“Ini termasuk menghantar draf, membincangkan siapa yang akan melukis, menghantar biografi dan laporan, mengatur logistik. Ramai di antara kita yang tidak mengenali antara satu sama lain sebelum projek ini bermula tetapi sekarang kita mempunyai ikatan istimewa, setelah berusaha bersama di tapak projek selama seminggu .”

Sumber: Red Hong Yi

Sumber: Red Hong Yi

Pelukis yang dipilih adalah sama ada dilahirkan atau tinggal di Sabah yang memegang Sabah sebagai sebahagian besar daripada identiti mereka

Mereka dipilih oleh para artis seni sendiri atas sumbangan mereka di dalam dan luar negara. Pelbagai calon termasuk penyanyi, artis, ahli alam sekitar, doktor, ahli politik, pemilik perniagaan dan banyak lagi yang ingin menyertai projek tersebut.

“Kami melakukan projek ini agar ia dapat menggalakkan masyarakat seni di Sabah dan seluruh Malaysia. Jared dan saya menjadikan tiang-tiang ini sebagai portfolio terbuka untuk para artis, jadi mereka boleh dihubungi untuk kerja-kerja dan disokong oleh komuniti (butiran mereka boleh dilihat di permukaan tiang),” tambahnya.

Sumber: Tan Sheau Ling

Tiang yang baru dicat boleh dilihat pada bekas bangunan Jabatan Tanah dan Ukur yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah

Sebelum:

Sumber: Red Hong Yi

Selepas:

Sumber: Red Hong Yi

Bangunan tersebut terbakar pada tahun 90-an dan ditinggalkan sejak itu.

“Saya fikir ia adalah sangat kasihan bahawa tapak yang diletakkan di pusat itu tidak digunakan dengan betul. Penduduk tempatan dan pelancong berhak untuk melihat kawasan tersebut menjadi kawasan tumpuan,” katanya.

Selain menangani masalah cuaca seperti panas dan hujan, pasukan tersebut juga menghadapi masalah kecurian sepanjang proses tersebut.

“Kami meninggalkan cat dan perancah di kawasan tapak pada hari pertama dan mendapati pada hari berikutnya beberapa cat dan kayu perancah dicuri, jadi kami terpaksa membawanya setiap malam dan pergi ke tapak projek lebih awal untuk menyediakan semula,” kata salah satu artis seni Sabah.

Sumber: Red Hong Yi

Selepas membelanjakan banyak waktu dan tidur yang tidak mencukupi, “Pillar of Sabah” akhirnya dilancarkan pada Hari Malaysia, 16 September. Dan menarik lebih daripada 200 pengunjung termasuk Datuk Bandar!

“Datuk Bandar datang untuk memulakan pelancaran dan dia sangat kagum, sehinggakan dia memberitahu kami bahawa dia akan mahu memelihara karya tapak tersebut seni untuk bertahun. Membaikpulih kawasan tapak (menghilangkan lubang-lubang sekitar jalanan, menambah landskap tumbuhan) dan memasang lampu untuk pengunjung pada waktu malam. Ia merupakan projek yang berjaya dan para artis seni yang terlibat masih berasa seronok dan teruja terhadap projek tersebut, ” kata Hong Yi.

Hong Yi menambah bahawa apa yang membuatkan projek itu istimewa adalah bahawa para calon juga hadir dan berdiri dengan artis seni untuk melukis potret mereka pada tiang.

Sumber: Red Hong Yi

“Kami berharap ini akan menjadi tarikan pelancong utama di Sabah, yang akan menggalakkan seni dan mendidik orang ramai tentang warisan unik kami.”

Sumber: Red Hong Yi

Sumber: SaysJoseph Yapp/FacebookRed Hong Yi

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds