Persembahan boneka penuh warna warni di jalanan Taman Tema Disney yang akan anda saksikan ini amat menghiburkan, membuktikan seni animasi mampu mengubah rutin hiburan yang biasa dilakukan di satu tempat di dunia, menjadi satu persembahan luar biasa dan menghiburkan.

videoPlayerId=9f445ab19

Ad will display in 09 seconds

Salah seorang pengunjung telah merakamkan persembahan boneka yang menarik ini.

Filem animasi Coco mendapat perhatian dunia dan menjadi filem box office selepas ditayangkan pada tahun lalu.

Selepas itu, persembahan boneka Coco mendapat perhatian dan sentiasa ditunggu oleh para pelancong dan pengunjung yang mengunjungi Plaza la Familia di Taman Tema Disney California Adventure di California, Amerika Syarikat.

Melalui persembahan boneka Miguel dan watak roh dari Land of The Dead yang penuh warna warni, para pengunjung akan menikmati pengalaman suasana riang ria dan menghiburkan seperti dalam filem Coco.

Dengan alunan lagu rancak dari filem Coco dan tarian boneka melalui watak filem tersebut, dalam suasana riang ria, warna-warni dan gembira, ia sudah pasti membawa pengunjung merasai sendiri pengalaman menyeronokkan dan penuh hiburan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds