Terdapat 264 spesies monyet yang wujud dan hidup di berbagai negara di dunia. Setiap spesies monyet mempunyai ciri khasnya masing-masing. Selain itu, monyet juga memiliki pelbagai ragam dan keletah. Monyet juga dikenali sebagai haiwan yang nakal. Bagi pemilik ladang buah-buahan atau kebun sayur-sayuran, monyet akan membawa masalah kerana akan menjejaskan tanaman mereka.

videoPlayerId=16bb22aba

Ad will display in 09 seconds

Dalam video kompilasi ini, anda akan dapat lihat pelbagai ragam dan gelagat monyet yang lucu dan nakal. Terdapat seekor monyet yang sedang bergurau dengan seekor anjing dengan menawarkan anjing tersebut dengan pisangnya.

Selain itu, terdapat juga seekor monyet yang begitu nakal bertindak dengan sengaja menarik ekor seekor anjing yang tidak mengganggunya. Sengaja cari pasal.

Monyet ini pula begitu ‘ganas’, ia menendang seorang lelaki yang kelihatan seperti mahu memukulnya. Mungkin lelaki tersebut mahu merampas basikal kesayangannya.

Monyet ini pula sangat penyayang. Ia sangat menyayangi ‘anak-anak’ anjingnya. Monyet ini mencium kesemua ‘anak-anaknya’. Anak-anak anjing itu pula kelihatan suka dicium olehnya. Mereka kelihatan rapat.

 

Sumber: BLesINSPIRADOR

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds