Finalis untuk Anugerah Fotografi Komedi Hidupan Liar tahun 2018 telah disenarai pendek dan ditapis daripada 2,000 keping foto kepada hanya 41 keping di seluruh dunia. Salah seorang pengasas anugerah tersebut, Tom Sullum berkata pihaknya dapat melihat peningkatan standard gambar serta kualiti fotografi saban tahun, selain ada unsur komedi dan penglibatan haiwan yang tiada dalam senarai sebelum ini.

Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Secara ringkasnya, untuk anugerah ini, terdapat campuran 30% jurufoto profesional dan 70% pula jurufoto ametur yang terlibat. Antara mesej penting yang penganjur mahu sampaikan menerusi hasil foto berkenaan adalah aspek pemuliharaan hidupan liar. “Kepercayaan utama anugerah ini adalah perkara sebesar zarah sekalipun mampu membantu proses pemuliharaan – menjadi pengikut ‘Born Free’ di media sosial! Ataupun bantu kongsi mesej mereka, membeli buku adalah penting untuk kelangsungan proses pemuliharaan ini. Dalam tempoh 20 tahun lagi, beberapa penyelidik menganggarkan bahawa gajah mungkin akan tiada lagi di Afrika Timur. Seterusnya adalah singa.

Para pemenang untuk kategori yang dipertandingkan serta pemenang keseluruhan akan diumumkan pada malam anugerah di Foyles, Charing Cross, London pada 15 November kelak, di mana ia akan diadili oleh beberapa panel juri yang sangat berpengalaman. Melihat kepada beberapa keping gambar ini, anda rasa foto mana yang akan menang?

#1 Jangannnnn!

Kredit: MARY MCGOWAN

#2 “Mengantuklah dengar cerita awak” 

Kredit: Danielle D’Ermo

#3 “Apalah nasibku ini” 

Kredit: Danielle D’Ermo

#4 “Alamak! Bagaimana mahu turun??”

Kredit: Geert Weggen

#5 Seperti sedang merancang sesuatu rancangan jahat

Kredit: Muriel Vekemans

#6 Samseng berjaket hitam 

Kredit: Ke Qiang Ruan

#7 Romantisnya mereka!

Kredit: Sergey Savvi

#8 Caaaak! 

Kredit: Shane Keena

#9 Kesian kena buli

Kredit: Amy Kennedy

#10 Cepat menyorok 

Kredit: Patty Bauchman

#11 “Ops! Adakah saya tersalah cakap?” 

Kredit: Jakob Strecker

#12 “Hmm, malulah saya” 

Kredit: Antonio Medina

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds