Pada 17 September lalu, sekitar jam 10 malam, ribut yang membawa angin berkelajuan sehingga 70 km/j melanda Perlis, di mana ia memusnahkan 56 buah rumah, 38 buah sekolah dan menumbangkan 156 buah pokok, di samping mengakibatkan kematian pengguna jalan raya.

Kredit: Visit Perlis Malaysia

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, angin kencang berkenaan tiada kena mengena dengan taufan Mangkhut yang melanda Filipina dan Hong Kong baru-baru ini. Walau bagaimanapun, diramalkan bahawa bahagian Utara Semenanjung akan dilanda angin kencang sepanjang bulan September namun ia tidaklah sekuat angin yang melanda Perlis beberapa hari lalu.

Ketua Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip menegaskan bahawa ribut yang berlaku di Perlis tiada kaitan dengan taufan Mangkhut kerana ia telah pun berhenti malam semalam.

Fenomena ini dikenali sebagai fenomena garis badai, dan ia bukan sesuatu yang luar biasa. Ia berlaku semasa angin monsun Barat Daya, yang diramalkan akan berhenti menjelang akhir bulan September. Ia juga dijangka akan melanda Pulau Pinang, Kedah dan perairan Sabah tetapi tidak sekuat seperti apa yang berlaku di Perlis.

“Pecutan angin yang kuat yang berlaku dipengaruhi oleh ribut petir berikutan ia berada dalam satu garisan sama yang bergerak dari laut ke darat,” katanya.

Kredit: Berita Harian (Gambar Hiasan)

“Ribut ini tidak berlaku setiap hari, tetapi masih boleh berlaku dari semasa ke semasa hingga akhir bulan ini. Kami telah mengeluarkan amaran di negeri Utara dan akan terus mengawasi keadaan,” tambahnya.

Selain itu beliau menasihati orang ramai yang tinggal di bahagian Utara Semenanjung untuk sentiasa peka dan mencari tempat perlindungan yang selamat (bukan di bawah pokok atau khemah) sejurus sahaja terdapat tanda-tanda awal ribut.

Sumber: Word of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds