Sekiranya anda mahu berasa selesa menonton televisyen di dalam bilik tidur, tetapi tidak mahu melihat skrin televisyen tergantung di permukaan dinding, di dalam kabinet televisyen atau lain-lain tempat terbuka yang akan mengambil ruang di dalam bilik tidur anda, mungkin idea terbaru dalam rakaman video ini agak sesuai.

videoPlayerId=5dd310994

Ad will display in 09 seconds

Rekaan simpanan televisyen seperti ini mungkin boleh difikirkan.

Televisyen anda tersembunyi di bawah katil dan dengan menggunakan satu alat kawalan khas, anda boleh menonton televisyen pada bila-bila masa yang diinginkan ketika berada di atas katil tanpa perlu bergerak.

Dengan satu sentuhan butang kawalan, televisyen pintar akan menyusur keluar dari bawah katil dan dihidupkan.

Anda boleh terus menonton televisyen dengan serta-merta sambil berehat di atas katil. Sungguh menyeronokkan…

Selepas selesai menonton televisyen, butang tutup ditekan dan televisyen akan menyusup masuk ke bawah katil dengan senyap, seperti tiada televisyen di dalam bilik tidur. Bilik tidur pula kelihatan nyaman dan kemas.

Satu idea menarik untuk difikirkan bagi mereka yang suka melihat ruangan bilik tidur yang lapang dan kemas.

Sumber : incrediblethings, BLES

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds