KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengumumkan bahawa aktiviti ‘main duit kutu’ sebagai satu kesalahan dan pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali pada 17 September yang lalu.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police setelah pihak JSJK mendapati berlaku beberapa kes penipuan melibatkan penganjur atau ‘ibu kutu’ yang menghilangkan diri bersama wang kutu berkenaan.

Kredit: MuftiWP

“Di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.”

“Mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan.”

Berikutan itu, pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kes kerugian dan penipuan.

Kredit: Vanilla Kismis

“Jika ibu kutu lari, anda tetap boleh membuat laporan polis di balai berhampiran dan kebiasaannya kes ini akan dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat.”

Terdahulu, akhbar NSTP pernah melaporkan mengenai kes-kes penipuan ibu kutu yang melibatkan penawaran pakej umrah dengan tawaran menarik oleh syarikat tertentu.

Menurut laporan BH Online bertarikh 3 Jun lalu, seramai sembilan wanita di Segamat, Johor telah mengalami kerugian besar mencecah ribuan ringgit setelah diperdayakan oleh ibu kutu berusia 30-an.

Kredit: MySuara.Net

Laporan itu turut menyatakan kesemua mangsa yang kebanyakannya adalah suri rumah telah melabur antara RM200 hingga RM4,500 setelah dijanjikan dengan pulangan berlipat kali ganda. Bagaimanapun, ibu kutu berkenaan yang juga seorang wanita telah melarikan kesemua wang pelaburan tersebut.

Kredit: Edisi7/Facebook

Sumber: BH OnlineKosmo, Edisi7/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds