Kad Touch ‘n Go merupakan antara kad yang penting dalam kehidupan rakyat Malaysia kerana rata-rata daripada kita bergantung kepadanya untuk membayar tol, tempat letak kereta dan tambang pengangkutan awam. Walaupun saiznya kecil, tetapi sangat berguna.

Mungkin ada info atau maklumat tentangnya yang anda terlepas pandang. Apa-apa pun jangan panik kerana kami akan kongsikan kepada anda maklumat tentangnya supaya anda dapat menggunakannya semaksimum mungkin.

1. Kad Touch ‘n Go mempunyai tarikh luput

Jika dilihat pada kad keluaran terbaru, terdapat tarikh luput dinyatakan pada kad berkenaan namun untuk kad versi lama, tidak pasti pula. Jadi, apa kata anda semak kad masing-masing dan periksa tarikh luput kad anda.

Jika kad anda telah tamat tempoh, anda perlu:

  1. Pergi ke pusat khidmat pelanggan PLUS atau hab Touch ‘n Go di Bangsar atau Nu Sentral.
  2. Anda akan diberi pilihan sama ada untuk mendapatkan pulangan wang atau baki wang anda didepositkan ke kad anda yang baru.

Harus diingatkan bahawa ia hanya boleh dilakukan sekiranya kad itu didaftarkan atas nama anda. Jika nama orang lain, maka pemilik kad tersebut perlu hadir sendiri untuk melakukan proses tersebut.

Kredit: WOB

2. Waranti sebulan untuk semua kad baru

Jika anda baru membeli kad, waranti kad tersebut adalah selama sebulan. Jika kad berkenaan terbukti rosak atau tidak berfungsi, maka penggantian kad akan dilakukan secara percuma!

3. Ia boleh dinyahaktifkan jika telah lama tidak digunakan

Ramai juga pengguna kad Touch ‘n Go yang hanya menggunakan kad mereka sekali sekala dan ia sebenarnya boleh membuat kad anda dinyahaktifkan jika anda tidak menggunakannya selama 12 bulan.

Menurut pihak Touch ‘n Go: “Terdapat beberapa kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dalam sistem kami. Kad-kad yang tidak aktif ini telah menyebabkan beban pada sistem, dan ia menghalang sistem daripada beroperasi secara optimum, sehingga mempengaruhi tahap perkhidmatan kepada pengguna aktif.”

4. Anda boleh kehilangan wang anda di dalam kad jika kad tersebut tidak kekal aktif

Jika kad anda tidak aktif, anda akan dicaj RM5. Amaun ini akan ditolak daripada deposit ataupun pada baki wang kad anda. Anda akan dikenakan bayaran RM5 untuk setiap ENAM bulan tempoh kad tersebut tidak aktif.

Kredit: The True Net

5. Anda akan dicaj RM10 bagi menggantikan kad yang rosak.

Jika anda mempunyai kad yang rosak, bersedialah untuk membayar caj penggantian

6. Anda akan dapat pulangan wang jika terlebih caj

Jika anda dicaj melebihi caj yang sepatutnya, anda berpeluang untuk mendapatkan kembali pulangan wang anda tetapi anda perlu menunggu dengan sabar kerana prosesnya agak lama.

7. Kad Touch ‘n Go tidak boleh diklon

Kad Touch ‘n Go sebenarnya agak selamat digunakan dan ia tidak boleh diklonkan. Ini bermakna, satu kad adalah untuk satu pengguna sahaja.

8. Anda boleh mendapatkan e-pernyataan bagi setiap transaksi sekiranya anda mendaftarkan kad 

Terdapat banyak faedah jika anda mendaftarkan kad. Apa yang perlu anda lakukan adalah:

  1. Layari portal Touch ‘n Go dan log masuk.
  2. Klik pada ‘lihat transaksi’ yang terletak di bahagian kiri.
  3. Pilih info yang ingin anda semak seperti tarikh transaksi, nombor siri, tarikh mula dan tamat.
  4. Klik cari.
  5. Jika mahu info lanjut, pilih kategori (semua transaksi, semua tambah nilai dan caj-caj lain).
  6. Anda boleh lihat kesemua perincian menerusi aplikasi, eksport dan cetak.

Kredit: soyacincau

Jika anda mahu mengawal perbelanjaan anda, inilah cara mudah yang dapat membantu anda mendapatkan info yang diperlukan tentang penggunaan kad Touch ‘n Go anda.

Untuk maklumat lanjut, rujuk di sini.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds