Jujurlah dengan kami, kehidupan sebagai seorang ibu sememangnya bukan suatu perkara yang mudah. Bangun seawal pagi untuk menyediakan sarapan buat seluruh ahli keluarga, menjaga pakaian suami dan anak-anak, mengemas rumah dan melakukan tugas-tugas di luar rumah. Semuanya akan menukarkan seorang wanita yang cantik dan elegan kepada seorang wanita yang jelas kelihatan dengan gaya seorang ibu.

Kebanyakan dari kita tidak mengerti mengapa ibu kita boleh kelihatan sebegitu sehinggalah kita sendiri yang menjadi ibu. Secara tiba-tiba, kita menyedari bahawa seseorang ibu itu tidak peduli akan gaya pakaiannya, tetapi apa yang dipentingkannya hanyalah makan pakai setiap ahli keluarganya terjaga dengan rapi. Seseorang ibu lazimnya tidak mempunyai masa untuk dirinya sendiri!

Apabila Gianna (19), Antonia (20), dan Natalia (17) menyedari tentang penampilan ibu mereka, mereka memutuskan untuk melakukan sesuatu mengenainya.

Kredit: Carmen Mendez/Facebook

Awal tahun 2018 menyaksikan tiga adik beradik perempuan itu menamakan ibu mereka, Christine, untuk menyertai acara “Ibu kepada Semua Solekan Semula”, iaitu acara terkenal yang dihoskan oleh Rachael Ray dan ternyata Christine adalah pemenang yang bertuah!

Gianna, Natalia, dan Antonia memberitahu Rachael bahawa ibunya sangat berhak untuk menerima perubahan ini kerana dia “selalu menjaga semua orang”, terutamanya sejak lima tahun yang lalu, apabila bapa mereka, Antonio, mengidap penyakit strok yang serius.

Christine adalah jururawat pemulihan di sebuah hospital di New Jersey, dan Natalia memberitahu Rachael bahawa Christine “bekerja selama 14 hari berturut-turut tanpa rehat. Setiap hujung minggu, dia akan cuba mendapatkan kerja sambilan untuk memperoleh wang yang cukup membayar rumah kami dan makanan yang cukup di atas meja.” Antonia bersetuju dan berkata, “asalkan semua orang mempunyai apa yang mereka perlukan, ibu saya sentiasa gembira.”

Kredit: Christine Errico/Twitter

Adik-beradik perempuan itu menggambarkan gaya Christine sebagai gaya yang “sememangnya selesa”. Mereka menyatakan bahawa selama bertahun-tahun, sejak ayah mereka jatuh sakit, Christine mula “menyembunyikan dirinya di sebalik lapisan pakaian” dan almari pakaiannya “secara beransur-ansur menjadi lebih kasual”. Hal ini menunjukkan bahawa Christine tidak lagi mengambil masa untuk dirinya sendiri.

Christine terkejut apabila dia dijemput ke bandar New York untuk membuat perubahan diri dalam rancangan Rachael Ray. Apabila tiba masanya untuk mendedahkan dirinya yang baharu, suaminya, tiga anak perempuan dan Rachael sendiri bersemangat untuk melihat hasilnya.

Kredit: Racheal Ray Show

Rachael menggambarkan bagaimana Christine muncul di studio penggambaran. Dia memakai baju sejuk dan sepasang kaca mata. Mally Roncal, penasihat gaya dan solek yang mengawasi perubahan besar Christine telah memberitahu Rachael bahawa “ini mungkin yang terbaik [perubahan] yang pernah kami lakukan.”

Akhirnya, tiba masanya untuk pendedahan Christine yang lebih bergaya.

Kredit: Racheal Ray Show

Christine kelihatan sangat menawan dengan pakaiannya yang menakjubkan, tetapi sebenarnya, senyumannya yang indah itulah yang menyerlahkan dirinya dan serta-merta menggamatkan ruangan itu. Dia kelihatan yakin, teruja, dan benar-benar gembira. Dia memberitahu Rachael bahawa ia adalah “hari terbaik dalam hidupnya” bersaksikan anak-anak perempuannya dan suaminya yang menahan air mata gembira.

Tonton kejutan yang sangat menyentuh hati ini di bawah – dan kongsikan kisah ini bersama rakan-rakan anda juga!

Kredit: Racheal Ray Show/Youtube

Sumber: inspiremoreRacheal Ray Show/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds