Kelewatan penerbangan adalah aspek perjalanan yang tidak dijangka. Tiada siapa yang suka untuk berada lama di lapangan terbang untuk menunggu kapal terbang berlepas. Sama ada cuaca buruk, masalah mekanikal, atau beberapa faktor lain yang menghalang anda daripada menaiki penerbangan anda, penangguhan ini boleh mengakibatkan beberapa penumpang berang. Pada penerbangan baru-baru ini dari Dallas, Texas, para penumpang penerbangan itu, menjadi berang dan kecewa setelah penerbangan mereka ditunda beberapa jam. Tiba-tiba satu pasukan tarian muncul untuk menghiburkan mereka.

Kredit: Funkywunks/Facebook

Funkywunks adalah kumpulan tarian hip-hop dari Orlando, Florida. Para penari berumur di antara 17 hingga 28 tahun, dan mereka benar-benar mencipta nama dalam dunia tarian. Mereka adalah juara U.S. All Star Federation pada tahun 2015, dan pada tahun 2018 mereka juga bersaing dalam pertandingan World Of Dance.

Kredit: Funkywunks|Instagram

Selepas mereka terpaksa berada di terminal Dallas selama enam jam akibat penerbangan mereka lewat, mereka menggunakan ruang permaidani kosong di situ sebagai peluang untuk mempersembahkan tarian mereka.

Kredit: Funkywunks|Facebook

Mereka menari mengikut rentak lagu nyanyian Bruno Mars, Uptown Funk. Ternyata tarian mereka telah menyerapkan tenaga negatif yang telah memenuhi kawasan itu dan menyebarkan tenaga positif kepada penumpang-penumpang yang berada di situ. 

Kredit: Funkywunks|Facebook

Sebaik sahaja mereka mula menari, anda dapat melihat orang yang lalu lalang di situ berhenti dan menonton persembahan mereka. Bukan setiap hari anda dapat menyaksikan sekumpulan penghibur berbakat yang mempersembahkan persembahan yang menakjubkan di lapangan terbang!

Kredit: Funkywunks|Facebook

Apabila Funkywunks telah selesai menghiburkan penonton mereka, mereka berkongsi video tarian mereka itu di laman Facebook mereka.

Kredit: Funkywunks|Facebook

Tarian mereka telah berjaya menghiburkan dan meletakkan senyuman di wajah penumpang-penumpang yang berang dan kecewa setelah penerbangan mereka lewat selama 6 jam.

Sumber: InspiremoreFunkywunks/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds