Kita sedia tahu bahawa kucing dan anjing tidak dapat hidup bersama dengan baik. Tetapi terdapat juga anjing dan kucing menjalinkan hubungan yang baik, menjadi kawan baik dan bahkan hidup bersama seperti sebuah keluarga yang bahagia. Walau bagaimanapun, ia tidak selalu kekal menjadi baik. Selepas anda menonton video yang menunjukkan seekor anjing yang kentut ketika sedang tidur ini, anda akan dapat lihat bagaimana kawan baiknya yang merupakan seekor kucing berang dengan tabiat buruknya itu.

Rakaman video bermula dengan keadaan yang tenang. Kucing dan anjing kedua-duanya berbaring di atas katil, mereka kelihatan seperti hidup dalam keluarga yang harmoni dan bahagia – tetapi keadaan itu tidak kekal lama.

Tiba-tiba, anjing yang sedang tidur itu kentut dan membuat kucing yang sedang berehat dengan santai itu terkejut. Kucing itu tahu ia telah mendengar sesuatu, tetapi ia mengambil masa beberapa saat untuk memproses dan mengesahkan apa yang telah ia dengar.

Anjing itu terus sambung tidur walaupun telah kentut secara tidak sengaja. Tetapi kucing itu kelihatan seperti tidak akan membiarkan bunyi yang begitu mengganggunya itu. Itu adalah bunyi yang tidak dapat diabaikan.

Kucing itu juga melihat ke sekeliling bilik untuk melihat sama ada orang lain mendengar bunyi yang baru saja ia dengar. Beberapa saat kemudian, ia kelihatan seperti terbau sesuatu yang tidak menyenangkan.

Tanpa memberi apa-apa amaran, kucing itu mengetuk kepala anjing yang ‘biadap’ tersebut. Anjing itu terus terbangun, tetapi ia kelihatan seperti agak keliru dengan apa yang sedang berlaku. Ia kelihatan seperti tidak bersalah atau ia sendiri tidak menyedari bahawa ia telah terkentut semasa tidur.

Nampaknya, kucing juga tidak dapat menerima jika ada yang kentut di hadapannya. Bagi manusia ia merupakan tabiat yang buruk dan biadap, begitu juga bagi kucing. Ternyata pemilik mereka berjaya merakam adegan yang lucu tersebut.

Tonton video yang melucukan tersebut di bawah:

Kredit: My Pet/Facebook

Sumber: My Pet/Facebook, Happiest

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds