Sangat menyedihkan, sebahagian besar Amerika Syarikat telah terjejas oleh kebakaran hutan dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Berjuta-juta orang di California, Tennessee, Oregon dan Arizona telah menderita dan perlu menanggung kemusnahan yang telah disebabkan oleh kebakaran. Untuk seekor kucing bobcat, mencari rumah baru adalah apa yang ia perlukan!

Tetapi seperti yang anda semua sedar, ia bukan hanya manusia yang terjejas. Haiwan juga menanggung kemusnahan akibat kebakaran hutan, banyak yang terbunuh dan kehilangan habitat. Hidupan liar berada pada risiko besar akibat kebakaran hutan ini.

Keluarga Kraus tahu bagaimana kehidupan dapat berubah selepas kebakaran hutan melanda kampung halaman mereka. Nasib baik, rumah mereka berjaya terselamat daripada kemusnahan akibat kebakaran hutan tetapi hidupan liar di sekeliling mereka tidak begitu bernasib baik.

George Kraus menemui dua ekor haiwan yang ketakutan, keletihan dan dalam masalah. Kucing liar dan anak rusa bergelut untuk bernafas melalui asap kebakaran hutan yang tebal.

Bobcat ini berjaya mencari perlindungan di rumah Kraus. George suka menyelamatkan haiwan yang berada dalam masalah, dia membawa kedua-dua haiwan itu ke rumahnya untuk membantu mereka terus hidup.

Tidak lama kemudian kedua-dua haiwan liar itu berjaya menyesuaikan diri dengan haiwan peliharaan yang lain dan kehidupan keluarga baru mereka. Selepas berbulan-bulan membina kepercayaan, bobcat, yang mereka namakan Benji, menyertai keluarga Kraus sebagai salah satu haiwan kesayangan mereka sendiri.

Benji mula bermanja dengan keluarga George, bermain dengan mainan dan berehat di atas perabot. Walaupun Benji telah menjadi haiwan peliharaan rumah dan telah menjadi sebahagian daripada keluarga George selama bertahun-tahun, pakar haiwan tidak mengesyorkan mengambil kucing liar untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. George adalah penyelamat haiwan berpengalaman dan dengan pasukan dan sumber yang tepat, dia berjaya membantu bobcat ini.

Tonton bobcat ini mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga barunya setelah diselamatkan dari kebakaran hutan dalam video di bawah:

Kredit: Benji The Bobcat/Youtube

Sumber: HappiestBenji The Bobcat/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular


Warning: file_get_contents(http://video.erabaru.com.my/api.php?p=featured_videos&pageUrl=http://www.erabaru.com.my/2018/09/18/kucing-bobcat-berterima-kasih-kepada-budak-lelaki-yang-menyelamatkannya-dari-hutan-yang-terbakar/): failed to open stream: Network is unreachable in /var/www/erabaru.com.my/wp-content/mu-plugins/custom-functions.php on line 107