Baru-baru ini, tular akan sebuah kisah yang dimuat naik menerusi laman Facebook pada malam 14 September, Jumaat yang lalu di mana seorang pengunjung pusat beli-belah AEON Taman Maluri, Cheras bersama anak saudara lelakinya diserang oleh seorang pencuri wanita menggunakan air cili ketika mereka berada di lot tempat letak kereta.

Kisah itu dimuat naik oleh Diana Abdullah menerusi akaun Facebooknya dan beliau merupakan antara saksi yang berada di lokasi kejadian. “Saya lihat berlaku kekecohan ketika berada di tempat letak kereta dan memutuskan untuk menyaksikannya. Ada seorang wanita bertindak menyimbah air cili pada seorang wanita yang pada ketika itu dilihat sedang memasuki keretanya,” tulis Diana.

Kejadian itu berlaku pada pukul 7 petang. Mangsa simbahan air cili tersebut menahan pedih dan pijar pada kulitnya. Anak saudaranya juga turut terkena tempias air cili berkenaan. Suspek kejadian dilaporkan berusia 34 tahun dan merupakan warga Indonesia, telah berjaya ditangkap oleh orang ramai yang turut menyaksikan insiden tersebut.

Sasha, mangsa yang disimbah air cili

Kredit: Diana Abdullah

Sasha kemudiannya ditemani Diana ke balai polis untuk membuat laporan. Pihak polis kemudian menasihati Sasha agar mendapatkan rawatan di hospital. Mereka kemudian ke lot tempat letak kereta tersebut dan Diana membantu Sasha membersihkan kerusi keretanya yang terkena simbahan air cili sebelum mereka pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Menurut Diana lagi, kulit Sasha melecur tahap 1 dan dikhabarkan dalam keadaan yang baik sekarang.

Keadaan bahagian dalam kereta Sasha yang terkena simbahan

Kredit: Diana Abdullah

Pihak polis kemudian berjaya menangkap suspek berasal dari Indonesia berkenaan menerusi kenyataan Diana yang dimuat naik di laman Facebook. Ketua Polis daerah Cheras, ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata suspek ditahan berhubung dengan laporan yang dibuat oleh wanita yang diserang sewaktu berada di lot tempat letak kereta pusat beli-belah pada hari Jumaat lalu. Suspek juga direman selama 14 hari

Suspek

Kredit: Diana Abdullah

Difahamkan bahawa suspek masuk ke Malaysia tanpa permit yang sah dan bertindak meragut seorang wanita mengandung pada pagi hari kejadian berkenaan. Aksi suspek juga berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup pusat beli-belah tersebut dan jelas kelihatan suspek berbaju kurung. Diana turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati di tempat letak kereta.

Sumber: SaysDiana Abdullah/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds