Bermula hari ini, pastikan anda merancang percutian penuh bermakna pada tahun hadapan bersama orang tersayang dan ahli keluarga. Oleh kerana pada tahun 2019, tarikh cuti umum kebanyakannya jatuh pada hari hujung dan awal minggu, menjadikan cuti yang panjang bagi Malaysia.

Kredit : Searstravel

Pada tahun 2019, terdapat 14 cuti umum rasmi di Malaysia, iaitu :

1. Tahun Baru 2019 : 1 Januari  ( Selasa )*

2. Thaipusam : 21 Januari (Isnin)

3. Hari Wilayah Persekutuan : 1 Februari (Jumaat)

4. Tahun Baru Cina : 5 hingga 6 Februari  (Selasa dan Rabu)

5. Hari Pekerja : 1 Mei (Rabu)

6. Hari Wesak : 19 hingga 20 Mei (Ahad dan Isnin)

7. Nuzul Al-Quran : 22 Mei (Rabu)

8. Hari Raya Aidil Fitri : 5 hingga 6 Jun (Rabu dan Khamis)

9. Hari Raya Aidil Adha : 11 hingga 12 Ogos (Ahad dan Isnin)

10. Hari Kebangsaan dan Awal Muharram : 31 Ogos hingga 2 September (Sabtu, Ahad dan Isnin)

11. Hari Malaysia : 16 September (Isnin)

12. Hari Deepavali : 26 Oktober (Sabtu)*

13. Hari Keputeraan Nabi Muhammad (Maulidur Rasul) : 9 November (Sabtu)

14. Hari Krismas : 25 Disember (Rabu)

*Bagi negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, tidak mendapat cuti umum Tahun Baru 2019.

*Tarikh Hari Deepavali belum disahkan.

Kredit : Beautiful Terengganu

Tarikh penting bagi perancangan percutian panjang hujung minggu pada tahun hadapan adalah seperti berikut :

1. Thaipusam : 19 hingga 21 Januari (Sabtu, Ahad dan Isnin)

2. Hari Wilayah Persekutuan : 1 hingga 3 Februari (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

3. Hari Wesak : 18 hingga 20 Mei (Sabtu, Ahad dan Isnin)

4. Hari Raya Aidil Adha : 10 hingga 12 Ogos (Sabtu, Ahad dan Isnin)

5. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong : 7 hingga 9 September (Sabtu, Ahad dan Isnin)

6. Hari Malaysia : 14 hingga 16 September (Sabtu, Ahad dan Isnin)

Kredit : Travel-Knots

Bagi yang ingin merancang percutian yang panjang untuk tahun 2019, anda boleh memohon cuti pada cadangan tarikh ini untuk mendapat senarai percutian panjang seperti berikut :

1. Satu hari cuti pada 31 Januari (Isnin) > 29 Januari hingga 1 Februari (Sabtu hingga Selasa) = 4 hari.

2. Satu hari cuti pada 4 Februari (Isnin) > 3 hingga 6 Februari (Ahad hingga Rabu) = 4 hari

3. Dua hari cuti pada 2 dan 3 Mei (Khamis dan Jumaat) > 1 hingga 5 Mei (Rabu hingga Ahad) = 5 hari

4. Dua hari cuti pada 23 dan 24 Mei (Khamis dan Jumaat) > 22 hingga 26 Mei (Rabu hingga Ahad) = 5 hari

5. Satu hari cuti pada 7 Jun (Jumaat) > 5 hingga 9 Jun ( Rabu hingga Ahad) = 5 hari

6. Satu hari cuti pada 9 Ogos (Jumaat) > 9 hingga 12 Ogos (Jumaat hingga Isnin) = 4 hari

7. Satu hari cuti pada 30 Ogos (Jumaat) > 30 Ogos hingga 2 September (Jumaat hingga Isnin) = 4 hari

8. Dua hari cuti pada 26 dan 27 Disember (Khamis dan Jumaat) > 25 hingga 29 Disember (Rabu hingga Ahad) = 5 hari

Kredit : Blog Traveloka

Sekiranya, anda memohon untuk 11 hari cuti, bermakna anda akan mendapat 13 percutian hujung minggu yang panjang bagi tahun 2019, seperti tarikh berikut :

1. 29 Januari hingga 1 Februari

2. 19 Januari hingga 21 Januari

3. 1 hingga 3 Februari

4. 3 hingga 6 Februari

5. 1 hingga 5 Mei

6. 18 hingga 20 Mei

7. 22 hingga 26 Mei

8. 5 hingga 9 Jun

9. 9 hingga 12 Ogos

10. 30 Ogos hingga 2 September

11. 14 hingga 16 September

12. 26 hingga 28 Oktober

13. 25 hingga 29 Disember

Selamat merancang percutian 2019!

Sumber : SAYS

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds