Kembar merupakan kelahiran berganda apabila ibunya melahirkan dua bayi daripada kandungan yang sama. Pasangan kembar boleh berjantina sama atau berlainan. Kelahiran berganda yang lebih dari dua disebut kembar tiga, kembar empat dan seterusnya.

videoPlayerId=ffaac4fd1

Ad will display in 09 seconds

Ada dua jenis kembar, seiras dan tak seiras. Kembar seiras berlaku apabila satu telur (isteri) bersenyawa dengan satu benih sperma (suami) dan kemudian embrio itu terbelah menghasilkan dua embrio.  Embrio akan membahagi menghasilkan dua janin dan akhirnya dua bayi terbentuk. Kembar tak seiras berlaku apabila dua telur (isteri) yang berbeza bersenyawa dengan dua sperma (suami). Ini menghasilkan dua embrio, masing-masing membesar menjadi janin dan akhirnya terhasil dua orang bayi.

Video ini menunjukkan pasangan kembar comel dilihat sedang berbincang sesuatu yang ‘penting’. Seorang daripada mereka sedang memegang buku dan datang menolak pasangan kembarnya. Seperti ada sesuatu yang dia tidak berpuas hati.

Pasangan kembarnya bertindak membalas dengan menggenggam bajunya. Situasi seperti bertukar menjadi semakin ‘tegang’.

Mereka kelihatan seperti bertengkar mengenai sesuatu. Namun, tiada siapa yang faham apa yang berlaku. Mereka menggunakan ‘bahasa bayi’ yang hanya mereka sahaja faham.

Si comel yang sedang memegang buku menangis setelah jatuh ke lantai kerana ditolak oleh pasangan kembarnya.

Pasangan kembarnya memujuknya kembali dengan mengusap kepalanya.

Gelagat dan hubungan mereka seperti ‘air dicencang tiada putus’, perbalahan atau pertelingkahan sesama adik beradik tidak akan berpanjangan kerana mereka akan berbaik semula.

Sumber: BLesINSPIRADOR

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds