Adakah anda memberi perhatian kepada orang-orang di sekeliling anda? Adakah anda dapat mengenalpasti seseorang yang tiba-tiba mengalami sawan?

Rebecca Montano sedang bekerja sebagai pembantu kedai di Alta Convenience Store di Arvada, Colorado ketika dia berhadapan dengan seorang pelanggan yang tiba-tiba mengalami sawan. Ketika dia sedang bekerja di belakang kaunter, seorang ibu muda yang sedang mendukung bayi perempuannya datang ke kaunter.

Rebecca mula berbual dengan pelanggan wanita muda tersebut yang hendak membuat bayaran selepas membeli sebotol air soda. Rebecca juga cuba mendapatkan reaksi bayi itu dengan mula menunjukkan muka lucu pada bayi tersebut.

“Saya seorang ibu, saya seorang nenek dan saya sayangkan bayi. Jadi, saya mahu mencuba dan menarik perhatian bayi tersebut supaya bercakap pada saya atau senyum atau apa-apa sahaja.”

Namun sebaik sahaja dia menghampiri ke kaunter, dia merasakan seperti ada yang tidak kena. Wanita muda itu kelihatan hendak pitam dan pandangannya seperti kabur sebelum kakinya tiba-tiba menggigil.

Melalui rakaman kamera tertutup kedai tersebut, anda dapat melihat Rebecca tiba-tiba terperasankan akan perubahan pelanggan wanita tersebut. Rebecca bersandar pada kaunter dan bertanyakan kepada wanita itu, “Adakah awak baik-baik sahaja? Apa yang sedang berlaku? Adakah anda perlu duduk?” tetapi wanita itu tidak memberi sebarang reaksi.

Akhirnya Rebecca dapat merasakan bahawa wanita muda tersebut tidak stabil dan dia bimbangkan keselamatan bayi tersebut. Dia menyambar lengan bayi apabila melihat wanita itu terhuyung-hayang. Apabila wanita itu langsung tidak memberi apa-apa reaksi, Rebecca mengambil bayi tersebut dari wanita itu.

Beberapa saat kemudian, ibu muda itu tersungkur ke arah kaunter dan mula di serang sawan. Menakjubkan apabila Rebecca cuba memegang wanita tersebut dengan sebelah tangan sementara tangannya sebelah lagi masih memegang bayi namun pegangannya tidak begitu kuat.

Mujurlah ada pelanggan lain yang memberikan bantuan ketika kejadian tersebut berlaku. Rebecca menghubungi 911 dan duduk di sebelah wanita yang sedang mengalami sawan itu.

Paramedik sampai dan membawa ibu dan bayi tersebut ke hospital. Beberapa hari selepas itu, wanita muda tersebut datang semula ke kedai untuk mengucapkan terima kasih kepada Rebecca kerana telah menyelamatkan bayinya.

“Dia datang ke kedai pada Rabu lepas untuk mengucapkan terima kasih kepada saya kerana menyelamatkan bayinya ketika dia mengalami sawan buat pertama kali dan jika saya tidak ada ketika itu, dia tidak tahu apa yang akan terjadi kepada bayinya.”

Setiap orang yang melihat rakaman tersebut merasakan Rebecca ialah seorang hero namun menurut Rebecca, dia hanyalah insan biasa yang membantu sesiapa sahaja selagi dia mampu. Tindakan pantasnya dan kesanggupannya untuk menolong seseorang yang memerlukan pertolongan sangat membanggakan.

Semoga kisah ini menjadi peringatan buat kita semua supaya sentiasa memberi perhatian kepada orang sekeliling. Anda tidak tahu bilakah anda akan diperlukan untuk menyelamatkan nyawa seseorang!

Kredit: Danni Lee/Youtube

Sumber: INSPIREMOREDanni Lee/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds