Kita sering mendengar kata-kata ‘nikah dulu baru bercinta’ untuk menggambarkan bahawa hubungan yang ada ikatan yang sah adalah lebih manis berbanding hubungan yang tiada ikatan yang sah.

Drama-drama Melayu zaman kini juga banyak yang menyajikan kisah perkahwinan yang ditentukan atau dipaksa oleh kedua ibu bapa yang kemudiannya menjadi kisah cinta yang bahagia. Namun, ramai juga yang rela hati memilih untuk berkahwin dahulu kemudian bercinta.

Konsep berkahwin dahulu baru bercinta juga tidak dilarang di dalam agama Islam, bahkan ia dituntut untuk mengelakkan zina. Walau bagaimanapun seseorang pasti akan berasa kekok berkongsi hidup dengan orang yang tidak dikenali secara terperinci.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Jeroong Wia telah berkongsikan kisahnya yang romantis, memilih untuk memperisterikan seorang gadis yang hanya dikenali dalam tempoh 10 bulan.

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Berikut adalah perkongsian penuh kisah percintaan mereka yang romantis:

Bercinta Selepas Berkahwin & Selamat Tinggal Isteri

Perkenalan kami 10 bulan yang lepas. Sewaktu itu aku masih berkeliaran di Thailand tanpa hala tuju. Sewaktu dalam perjalanan bus menuju ke Koh Samui dari Chiang Mai, isteri kepada rakanku memberitahu ada seorang rakan sekerjanya yang sukakan baca pengalaman dan tips yang aku tulis, dan selalu “follow” tentang kisah aku di FB.

“Aku rasa member aku tu minat kat mu. Dia pon misi gak macam aku. Kerja lain department di Hospital Kota Bharu.” Yeen Bong memberitahu aku tentang si gadis itu.

Tiba sahaja di rumah di Kelantan, aku terus membuka profile si gadis tersebut. “Gadis Traveller” nama nya di profile pada waktu itu. Ternyata gadis ini gemar mengembara jua.

Lalu segera aku menambah menjadi rakan dan mendapat message pertama dari dia mengucapkan terima kasih kerana sudi add. Dan dari situ lah perkenalan kami. Kami berbalas message sehari atau dua hari (aku jenis yang tak suka main text jadi reply sikit-sikit sahaja).

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Selepas hari kedua atau ketiga berbalas text, aku terus minta nombor phone si gadis traveller itu. Sejurus dapat sahaja number si gadis itu, aku terus whatsapp menyatakan tujuan sebenar aku.

Aku serius ingin menjadikan si gadis ini sebagai zaujah hidup aku. Dan apa yang mengejutkan adalah balasan text itu “datang lah ke rumah jika benar ingin menghalalkan saya.”

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Jatuh jantung. Gugup. Aku terus menyatakan hasrat ini kepada orang tua ku.

“Ma, abe nak kawin. Jom pegi rumah dia untuk mengenal.”

“Siapa?” Tanya mama ku kebingungan. 

“Abe pon tak kenal. Jom lah esok. Nanti malam nie abe bagitau abah.”

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Maka esok aku bertandang ke rumahnya yang terletak di Tumpat, Kelantan. Persetujuan dari dua pihak dan selepas dua hari kami terus bertunang. Keesokan harinya aku ke Sabah seketika dan terus ke New Zealand selama beberapa bulan.

Dan tunang aku pada ketika itu dalam persediaan ke Saudi. Seminggu selepas aku di New Zealand, tunang aku terbang ke saudi bagi memulakan tugasnya sebagai Ketua Jururawat di Hospital Saudi.

Maka PJJ kami berlangsung selama 10 bulan sehinggalah satu tarikh diputuskan untuk majlis pernikahan. Alhamdulillah, kami telah dihijabkabulkan dan sah sebagai suami isteri.

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Seminggu selepas majlis kahwin, aku dan isteri terus terbang ke Turkey bagi kembara honeymoon. Segalanya aku buat seperti cara aku dahulu kecuali penginapan. Naik bus, turun bus, bagpack digalas 15 kg dibelakang. Berjalan ke sana sini.

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Dan kembara honeymoon kami merentasi 6 negara di Balkan berjalan lancar walau agak penat. Sejurus pulang ke Malaysia, masa berbaki 3 hari lagi untuk isteriku terbang ke Saudi bagi menyambung tugasannya.

Hari ini, mata aku terkebil-kebil melihat susuk isteri mengalir air mata di airport meninggalkan suami. Semoga suatu hari nanti kita kan bersama di sana.

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Aku berkerja di Jepun sekarang dalam bidang pelancongan dan isteri di Saudi sebagai jururawat. Ternyata inilah PJJ ANTARA BENUA yang terpaksa kami tempuhi.

Kredit: Facebook Jeroong Wia

Kembara honeymoon kami adalah proses bercinta dan mengenali diri antara satu sama lain. Adakah itu dinamakan bercinta selepas berkahwin? Semoga hubungan kami kekal hingga ke jannah.

Sumber: Facebook Jeroong Wia, Says

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds