Dia mungkin kelihatan seperti ayam tetapi hakikatnya, haiwan ini merupakan seekor burung merak yang masih kecil. Walaupun belum mempunyai bulu yang cantik dan berwarna-warni seperti seekor merak dewasa, anda pasti akan menyukai bagaimana haiwan ini berjalan di sekeliling taman dengan megahnya.

videoPlayerId=126e917d4

Ad will display in 09 seconds

Burung merak sememangnya terkenal dengan personaliti yang gemar menunjuk-nunjuk kecantikannya dan dia jelas terpancar di dalam diri si comel ini…

Haiwan kecil ini kelihatan seperti seorang anak kecil yang sedang berangan di atas pentas sambil memperagakan pakaiannya persis seorang model antarabangsa! Sungguh menawan…

Dikatakan ekor burung merak akan mulai tumbuh dan membesar menjadi ekor yang berwarna-warni apabila mencapai usia tiga tahun. Ekor tersebut juga akan bertukar setiap tahun terutamanya pada musim panas.

Video ini ternyata berjaya membuatkan ramai terhibur melihat keletah burung yang sedang membuat ‘pertunjukan fesyen’ ini… Comel sungguh!

Sumber: BLes Inspirador

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds