Silap mata adalah aktiviti yang cukup menghiburkan biarpun ramai sudah maklum itu hanyalah lakonan atau helah ahli silap mata sebenarnya. Tindakan licik tetapi bersahaja ahli silap matalah telah memukau penonton sehingga membuatkan mereka percaya magis itu wujud.

Namun pada masa kini, ahli silap mata juga nampaknya sudah semakin bijak mempersembahkan pelbagai helah. Sama ada di pentas atau di jalanan, ahli silap sering sahaja memukau penonton dan menceriakan suasana. Antara silap mata yang menjadi tular dan ikutan masa kini ialah silap mata menghilangkan orang atau barang.

Seperti keluarga dalam video ini, nampaknya mereka juga begitu teruja untuk melakukan silap mata menghilangkan orang. Mereka telah berpakat untuk mengenakan adik lelaki mereka iaitu Vardan.

Mula-mula Vardan diminta untuk duduk di sebuah kerusi oleh abangnya David Dobrik. Kemudian David menutup adiknya itu dengan menggunakan sehelai kain. Sebaik sahaja kain ditarik, semua ahli keluarga berpura-pura seolah-olah tidak melihat Vardan.

Suasana menjadi kecoh apabila ternyata mereka tidak lagi melihat Vardan lalu si abang meminta untuk mengambil gambar bagi membuktikan kejadian kehilangan Vardan tersebut.

David menunjukkan kepada ahli keluarga yang lain bahawa Vardan memang tiada di dalam gambar.

Vardan yang menyaksikan kejadian tersebut dilihat tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya tidak dapat dilihat oleh orang sekeliling.

Setelah puas menyakat Vardan, mereka meminta Vardan untuk duduk semula di kerusi tersebut. Vardan yang tidak mengesyaki apa-apa hanya menuruti arahan tersebut. Dia dilihat berdoa supaya dirinya dikembalikan ke alam nyata.

Vardan kelihatan begitu gembira dan bersyukur akhirnya dia dapat bertemu semula keluarganya selepas ‘kehilangan’ tersebut. Apabila suasana mula tenang, mereka membongkar rahsia tentang kejadian tersebut.

Vardan hanya tersenyum dan sedikit pun tidak marah biarpun disakat sebegitu rupa. Malah dia bertanya bagaimana dia boleh ‘hilang’ daripada gambar yang dirakam oleh abangnya itu.

Prank‘ seperti ini memang menyeronokkan tetapi harus berwaspada dengan siapa yang anda pilih untuk dijadikan mangsa.

Kredit: Vlog Squad Edits/Youtube

Sumber: BrightsideVlog Squad Edits/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds