Walaupun masih kecil, kanak-kanak perempuan bernama Uliana Travkina ini mempunyai bakat dan kehebatan persis pemenang pingat Olimpik! Bukan sahaja itu, gadis kecil ini juga mempunyai kemahiran dan fleksibiliti yang bagus.

videoPlayerId=52c22dba4

Ad will display in 09 seconds

Justeru, semasa menyertai satu pertandingan gimnastik, Uliana telah berjaya memukau semua penonton dan para juri dengan rutinnya yang mengagumkan. Malah, video tersebut turut tersebar meluas di media sosial sekali gus membuatkan netizen turut memuji gadis ini.

Menurut Amy Van Deusen, menyertai kelas gimnastik pada usia yang muda mampu menggalakkan kemahiran-kemahiran asas seperti daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, keseimbangan selain meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.

Walaupun tidak dinyatakan pada usia berapakah Uliana mulai berlatih dan fokus dalam bidang gimnastik, tetapi berdasarkan kepada video, anda tahu gadis kecil ini mempunyai bakat semulajadi dan akan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang yang diceburinya!

Sumber: BLes Inspirador

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN SUKAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds