Adakalanya ketika berhadapan dengan situasi yang mencemaskan, otak kita mampu berfungsi dengan lebih baik dan memikirkan cara-cara unik demi menyelamatkan diri.

Dengan hanya menggunakan barangan harian yang sedia ada, anda boleh menyelamatkan nyawa anda. Kedengaran agak mustahil tetapi lihatlah beberapa barangan harian seperti di bawah ini yang ternyata berguna di saat-saat yang mencemaskan.

1. Pembalut gula getah untuk menyalakan api.

Kredit: Survival Skills / facebook

Potong sejalur nipis pembalut gula getah dan lipatkannya seperti dalam gambar. Pegang hujung jalur pembalut tersebut di hujung positif dan negatif bateri. Pastikan bahagian logam jalur menyentuh bateri dan bukannya bahagian kertas jalur. Api akan menyala selepas itu.

Nota: Kaedah ini hanya akan menjadi dengan menggunakan pembalut gula getah yang mempunyai bahagian logam. Contohnya seperti gula getah jrnama ‘Wringley’s 5‘ dan ‘Extra‘.

Awas: Bermain dengan api boleh mendatangkan bahaya, oleh itu berhati-hatilah.

2. Ais boleh menyalakan api.

Kredit: wildwoodsurvival

Melakukan aktiviti di luar rumah ketika musim sejuk memang menyeronokkan. Namun keadaan boleh menjadi bahaya apabila anda terdedah kepada suhu yang tiba-tiba menurun dan angin kuat.

Ketika inilah anda perlukan api untuk menghangatkan badan dan ais adalah bahan yang dapat membantu menyalakan api. Tidak percaya?

Ambil ais yang paling berkilat dan tebuk lubang untuk dijadikan sebagai kanta. Pegang ais tersebut di bawah sinaran matahari dan kanta tadi akan bertindak sebagai kanta pembesar untuk menghidupkan api.

Nasihat: Kaedah ini hanya akan berguna jika anda menjumpai ais yang berkilat dan matahari terik. Namun adalah lebih baik jika anda membawa pemetik api atau mancis sebagai langkah persediaan untuk menghadapi saat-saat mencemaskan.

3. Kerajang timah untuk menghangatkan badan anda.

Kredit: aliexpress

Menghangatkan badan dan memelihara haba dalam badan adalah perlu terutamanya ketika waktu malam yang sejuk. Caranya anda boleh membalut badan anda dengan menggunakan kerajang timah. Permukaan kerajang timah tersebut mampu memberikan dan mengekalkan kehangatan badan anda.

Awas: Kerajang timah amat mudah rosak, oleh itu berhati-hatilah semasa mengendalikannya.

4. Ubat gigi untuk menghilangkan gatal akibat gigitan serangga.

Kredit: Depositphotos.com   Depositphotos.com

Ramai yang sudah sedia maklum bahawa ubat gigi boleh menghilangkan kegatalan akibat digigit oleh serangga dan mengurangkan bengkak.

Selain itu, ubat gigi juga boleh digunakan untuk merawat kaki atlet dan lepuh. Untuk merawat lepuh atau kulit melecet, sapukan ubat gigi pada bahagian tersebut sebelum tidur. Ia akan mengeringkan lepuh ketika anda tidur.

Anda juga boleh menyapu ubat gigi pada bahagian kulit yang melecur kecil dengan segera untuk memberi kelegaan.

Awas: Gunakan ubat gigi untuk merawat kebakaran kecil sahaja. Jika digunakan pada kulit yang terbakar teruk, ia hanya akan memudaratkan sahaja.

5. T-shirt untuk menapis air.

Kredit: Pradeep Banerjee / facebook

Terdapat banyak cara untuk menapis air ketika berhadapan waktu kecemasan atau terdapat sumber air tetapi tidak boleh diminum.

Caranya ialah isikan air yang keruh ke dalam satu bekas. Potong sedikit t-shirt bersih. Celupkan satu bahagian hujung kain tersebut ke dalam air keruh dan satu bahagian hujung lain ke dalam bekas yang kosong yang digunakan untuk mengumpul air bersih.

Ingat, anda perlu meletakkan bekas air keruh itu lebih tinggi daripada bekas kosong yang satu lagi. Kemudian, anda akan melihat air jernih mula menitik ke dalam bekas kosong tersebut.

Awas: Selepas anda dapat mengumpulkan air bersih, anda perlu menjerangnya terlebih dahulu sebelum minum.

6. Garpu sebagai senjata

Kredit: Depositphotos.com

Garpu adalah antara perkakas dapur yang ada di rumah kita atau dibawa bersama ketika mengembara. Hujung garpu yang tajam itu boleh digunakan untuk melawan haiwan liar yang mungkin cuba menyerang anda.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan garpu untuk menakut-nakutkan orang asing yang cuba mendekati atau mencederakan anda.

7. Tali pinggang untuk menyekat pintu daripada terbuka.

Kredit: DIY & Knowledge Daily / Facebook

Kejadian rompakan atau tembakan sering terjadi sejak kebelakangan ini. Sekiranya anda terperangkap dalam keadaan ini, cuba selamatkan diri dan masuk ke dalam bilik yang selamat, kunci pintu dan meniarap sementara menunggu bantuan tiba.

Jika anda tidak mempunyai perabot lain untuk menyekat pintu tersebut daripada dibuka oleh orang dari luar, gunakan tali pinggang untuk mengunci engsel.

Awas: Cara ini hanya berguna jika pintu tersebut mempunyai engsel seperti di dalam gambar.

8. Gunakan tali kasut untuk membuka ikatan.

Kredit: itstactical

Jika anda diculik dan tangan anda diikat dengan menggunakan zip tie anda masih boleh cuba menyelamatkan diri dengan menggunakan tali kasut.

Caranya ialah buka tali kasut dan ikatkan tali kasut kiri dan kanan dengan kuat. Gerakkan tangan anda dan letakkan zip tie di bawah tali kasut tersebut. Kemudian gerakkan kaki anda ke kiri dan ke kanan. Hasil gesekkan tali kasut tersebut akan memutuskan zip tie tersebut.

Awas: Biasanya kita akan cuba memintalkan tangan yang telah diikat dengan tali plastik tetapi sebenarnya kaedah itu hanya menyakitkan dan akan mencederakan pergelangan tangan anda.

Tidak disangka bukan barangan harian dapat menyelamatkan kita ketika berhadapan dengan situasi yang mencemaskan? Apa yang penting, anda tahu fungsi barangan tersebut dan sentiasalah berwaspada sebelum mencuba sesuatu kaedah yang baharu.

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds