Gelagat haiwan sememangnya lucu dan comel. Terdapat pelbagai perkara pelik dan luar biasa sering dilakukan oleh haiwan. Ia benar-benar pelik untuk melihat spesies yang berbeza makan bersama. Walaupun anda pernah melihat kucing makan bersama anjing. Namun, pernahkah anda melihat burung makan bersama anjing?

videoPlayerId=661fe4f33

Ad will display in 09 seconds

Dalam video ini menunjukkan seekor burung kecil berwarna kuning berlari untuk menyertai ‘abang-abang’ anjingnya menjamu selera. Si comel itu kelihatan seperti sudah terlambat untuk menyertai ‘abang-abang’ anjingnya yang sudah mula menjamu selera.  Gelagatnya yang comel sememangnya akan menarik perhatian ramai orang yang menontonnya.

Mereka kelihatan seperti sebuah keluarga yang harmoni walaupun berlainan spesies. Spesies yang berlainan tidak menghalang mereka untuk menjalinkan hubungan baik dan erat antara satu sama lain.

Si comel ini berlari dan terus menuju ke bekas makanannya yang telah tersedia di tengah-tengah antara ‘abang-abang’ anjingnya.

Nampaknya, si comel ini telah lambat untuk menyertai ‘abang-abang’ anjingnya menjamu selera. “Maaf saya terlambat kerana terdapat kerja yang terpaksa diselesaikan dengan segera.”

Sumber: BLesINSPIRADOR

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds