Bagi sesetengah keluarga, meraikan sambutan ulang tahun kelahiran tanpa disusuli sebarang kejutan atau ‘prank‘ memang tidak sah dan majlis tersebut dirasakan seperti tidak lengkap.

videoPlayerId=b4bc5acce

Ad will display in 09 seconds

Pelbagai idea menarik dan pelik muncul untuk mengenakan ahli keluarga yang menyambut hari kelahiran. Antara kejutan yang sering dilakukan ialah, meletakkan sejumlah belon yang sudah ditiup ke dalam bonet kereta, mengadakan kejutan sambutan hari jadi di tempat istimewa dan bermacam lagi.

Tidak kurang juga ada yang suka melakukan ‘prank‘ seperti membaling telur dan tepung, baling belon berisi air dan bermacam-macam lagi.

Seperti ibu dalam video ini, nampaknya dia pun tidak terlepas daripada mendapat kejutan dari ahli keluarga yang lain sempena hari kelahirannya.

Ibu ini telah diberikan kotak tisu muka untuk mengelap wajahnya. Pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa lalu menarik lagi tisu muka tersebut.

Tiba-tiba dia merasakan seperti ada benda yang tersekat di kotak tisu tersebut, lalu cuba menariknya keluar. Alangkah terperanjatnya ibu tersebut apabila melihat beberapa keping wang daripada kotak tisu tersebut. Tisu muka telah bertukar menjadi wang? Wah, hebatnya!

Dia begitu gembira dan tidak menyangka diberikan kejutan seperti itu. Dia menarik keluar wang tersebut yang ternyata masih lagi berbaki di dalam kotak.

Semakin lama, semakin panjang rantaian wang tersebut, ada nilai kecil dan ada nilai besar.

Ibu ini kelihatan begitu teruja dengan hadiah hari lahirnya pada kali itu.

Bagaimana? Bayangkan jika kita yang mendapat kejutan seperti itu, pasti ia akan menyeronokan bukan? Mungkin anda juga boleh cuba melakukan kejutan seperti ini untuk ahli keluarga atau sesiapa sahaja dan pasti detik itu akan diingati selama-lamanya.

Sumber: BLesINSPIRADOR

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds