Setiap daripada kita mempunyai ketakutan tersendiri. Ada yang takut pada ketinggian, pada labah-labah, tempat yang gelap dan juga takut kepada bunyi guruh.

Reaksi spontan yang akan muncul apabila kita berhadapan dengan ketakutan kita adalah seperti menangis, menjerit, lari sekuat mungkin dan juga menjadi kaku…

Dalam video yang melucukan ini, satu insiden tidak dijangka telah berlaku kepada seekor anjing dan juga tuannya.

Ketika sedang mencari sesuatu di dalam garaj, pasangan ini telah dikejutkan dengan kehadiran seekor katak yang muncul secara tiba-tiba dari celahan anak tangga. Sebaik sahaja melihat katak itu, kedua-dua pasangan ini terus menjerit dan berlari meninggalkan lokasi kejadian.

Apa yang lebih melucukan adalah, anjing peliharaan mereka turut menunjukkan reaksi yang sama seperti tuannya apabila melihat katak itu. Anjing ini terkejut dan terus membuka langkah kanan dan berlari mengikut jejak langkah kedua-dua tuannya.

Namun, anjing ini terhenti seketika dan menyedari permainan kegemarannya telah tertinggal di belakang sewaktu anjing ini melarikan dirinya. Justeru, anjing tersebut segera mengambil keputusan untuk mengambil semula bola kesayangannya itu dan menggonggongnya sambil melarikan diri lagi sekali.

Video berkenaan menjadi tular dalam sekelip mata dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Anjing itu lebih setia kepada bolanya berbanding kesetiaan lelaki itu kepada teman wanitanya. Dia membiarkan teman wanitanya di belakang.”

Seorang lagi netizen memberi komen, “Kenapa mereka sangat takutkan pada seekor katak?! Adakah katak itu akan bertukar menjadi Hulk dan memukul mereka? Adakah wujud filem seram berdasarkan katak?”

Apa-apa pun, tindakan yang diambil oleh anjing itu benar-benar membuatkannya kelihatan sangat comel!

Kredit: DIY Flower/Facebook

Sumber: Unilad, DIY Flower/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds