Satu rakaman imej yang agak pelik dan menakjubkan menunjukkan segelung akar rumput sedang melawan graviti apabila aliran air dituang ke atasnya. Rakaman video ini telah membuktikan satu fenomena alam yang menakjubkan apabila kita dapat melihat terdapat tumbuhan di dunia ini yang memiliki sifat aneh, hebat lagi mengagumkan yang tidak menerima pakai teori graviti Isaac Newton.

videoPlayerId=654fb3c70

Ad will display in 09 seconds

Akar rumput ini dikenali sebagai Garuda Sanjeevani, sejenis tumbuhan dengan khasiat perubatan yang mampu bergerak melawan arus dan aliran air. Oleh kerana sifat akar rumput ini yang bergelung-gelung, maka ia mampu bertindak balas apabila aliran air dituang ke atasnya seperti seekor ular memanjat aliran air. Amat menarik untuk dilihat.

Akar Garuda Sanjeevani sama rupanya seperti akar kayu lain, tetapi ia mempunyai khasiat dari segi perubatan, memulihkan manusia daripada gigitan ular berbisa. Akar Garuda ini hanya boleh didapati di India dan merupakan satu-satunya tumbuhan aneh yang boleh melawan graviti.

Dalam rakaman video ini, akar rumput Garuda Sanjeevani diletakkan di dalam satu periuk berisi air, dan apabila seorang lelaki menuangkan sebaldi air ke atasnya, tumbuhan ini mulai memanjat aliran air dari baldi tersebut.

Satu bukti rakaman imej bergerak paling menakjubkan menunjukkan kekuasaan Tuhan. Tumbuhan aneh yang mampu melawan graviti dan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

Spesies tumbuhan Garuda Sanjeevani ini tidak boleh didapati di tempat lain di dunia melainkan di beberapa kawasan hutan di India dan sekitar pergunungan Himalaya.

Sumber: BLesINSPIRADOR

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds