Burung merupakan salah satu spesies haiwan yang sukar untuk didekati. Sebaik sahaja anda melakukan satu langkah ke hadapan untuk menghampiri sekumpulan burung, kesemuanya pasti akan berterbangan!

videoPlayerId=998764b67

Ad will display in 09 seconds

Namun berbeza pula dengan situasi yang berlaku kepada seorang kanak-kanak autisme bernama Logan ini. Bukan hanya seekor yang datang menghampirinya tetapi lebih 20 ekor burung yang cantik dan berwarna-warni datang untuk menggembirakan hati kanak-kanak ini.

“Ini adalah hari yang terbaik sepanjang hidup saya!,” jerit Logan sebaik sahaja kesemua burung-burung itu datang dan menikmati makanan yang dihulurkannya.

Video ini dengan jelas menunjukkan betapa gembiranya hati Logan semasa peristiwa menakjubkan itu berlaku. Malah, dengan menontonnya sahaja pasti akan membuatkan anda turut mengukirkan senyuman indah.

Menurut pakar, setiap individu yang menghidap autisme mempunyai keunikan yang tersendiri dan salah satunya adalah mereka mempunyai kebolehan untuk membentuk perhubungan yang istimewa bersama haiwan.

Kajian turut mengesahkan bahawa interaksi dengan haiwan boleh meningkatkan keupayaan bersosial dalam kalangan penghidap autisme.

Nampaknya Logan membuktikan fakta kajian tersebut. Bak kata ibunya, Logan adalah ‘pembisik burung’.

Sumber: BLes Inspirador

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds