Ada di kalangan kita yang berimpian dapat terbang dengan bebas di langit biru seperti seekor burung. Malangnya manusia tidak memiliki sifat seperti burung yang boleh terbang secara semula jadi. Siapa yang tidak teringin merasai pengalaman terbang dengan bebas bersama badan yang ringan seperti burung helang di dalam rakaman video ini.

videoPlayerId=8894fe738

Ad will display in 09 seconds

Walaupun impian kita untuk terbang secara semula jadi sudah pasti tidak akan tertunai seumur hidup, sekurang-kurangnya helang ini dengan berbesar hati menunjukkan kepada kita bagaimana perasaannya apabila dapat terbang dengan bebas.

Satu kamera kecil telah diletakkan di belakang seekor helang dan ia telah merakamkan imej dan bunyi alam semula jadi yang sangat indah, sementara helang ini meluncur dan mengibarkan sayapnya menyusuri kawasan pantai berfiord dengan pemandangan menakjubkan.

Tiada kata-kata boleh diucapkan, apabila merasai pengalaman terbang dengan bebas, sambil menghirup udara yang segar bersama pandangan mengasyikkan. Pemandangan indah di bawah itu menurut perspektif seekor helang amat berlainan untuk dirasai, tidak sama seperti menaiki kapal terbang.

Jika anda merasakan ini adalah pandangan dari drone, dengarkan bunyi-bunyi alam semula jadi itu sekali lagi. Perasaan melihat pemandangan indah dari seekor burung helang sesungguhnya tidak sama seperti melihat pemandangan dari drone atau kapal terbang dengan bunyi motor dan enjin yang bising.

Sumber: BLesINSPIRADOR

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds