Baru-baru ini, beberapa pakar arkeologi telah menemui sebuah batu yang mempunyai nilai sejarah ketika menjalankan kegiatan menggali tapak di Gua Blombos yang terletak di Afrika Selatan.

Menurut pengkaji yang menemui serpihan batu tersebut, ia disahkan sebagai lukisan terawal yang wujud di muka bumi ini dan dianggarkan berusia kira-kira 73,000 tahun!

Dilaporkan batu ini telah diletakkan di bawah pelbagai jenis ujian selama tujuh tahun sebelum ianya disahkan mengandungi lukisan berbentuk garisan yang dihasilkan daripada krayon ochre (pigmen tanah liat semula jadi yang berwarna merah kekuningan).

Kredit: Kremer-Pigmente

“Ini adalah lukisan pertama dalam sejarah kemanusiaan. Apa maksud lukisan ini, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu adalah apa yang kelihatan abstrak bagi kita mungkin mempunyai makna tertentu kepada masyarakat tradisional yang menghasilkannya,” ujar Francesco d’Errico, salah seorang pengkaji di Universiti Bordeaux.

Terletak di Afrika Selatan, kira-kira 300 kilometer dari timur Cape Town, Gua Blombos menjadi satu-satunya bukti yang menyimpan khazanah bersejarah dan juga artifak manusia purba yang berusia di antara 70,000 hingga 100,000 tahun!

Kredit: The Guardian

Ketika sesi penggalian dilakukan, ahli-ahli arkeologi telah menemui beberapa barangan tinggalan manusia zaman dahulu seperti butiran manik daripada cengkerang, lembing dua mata dan juga kepingan ochre dengan corak lukisan yang sama seperti yang ditemui pada serpihan batu tersebut. Corak tersebut juga ditemui berdekatan Diepkloof dan juga Klipdrift di mana lukisan tersebut telah dilakarkan pada permukaan kulit telur burung unta.

Sebelum ini, lukisan terawal dunia yang diketahui terletak di dinding gua El Castillo, Sepanyol dan juga Maros, Sulawesi. Namun bagaimanapun, imej figuratif dan abstrak pada gua itu telah dihasilkan sekitar 40,000 tahun yang lalu.

Batu bercorak garisan bersilang di Gua Blombos itu telah ditemui secara tidak sengaja pada tahun 2011 ketika para pengkaji sedang membersihkan kotoran pada lembang dan artifak lain yang ditemui di tapak penggalian.

Kredit: Blogspot

“Ianya sangat menakjubkan. Anda boleh lihat dengan jelas ia adalah corak garisan bersilang berwarna merah pada permukaan yang licin. Ianya kecil tetapi agak mengagumkan,” kata Christopher Henshilwood, ketua pasukan pengkaji merangkap Pengarah Pusat Tingkahlaku Manusia Awal di Universiti Bergen, Norway.

Jelas Christopher lagi, manusia zaman awal telah menggunakan batu asah untuk menghancurkan batu ochre menjadi serbuk halus sebelum dijadikan sebagai cat.

Satu penemuan bersejarah yang tidak ternilai!

Sumber: The Guardian, Nature.com

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds