Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyatakan bahawa sambutan Hari Malaysia mungkin akan disambut di Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan.

Beliau berkata bahawa Hari Malaysia merupakan salah satu peristiwa penting yang bukan hanya disambut oleh Sabah dan Sarawak, tetapi untuk seluruh negara.

“Saya akan mencadangkan sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau menjawab soalan-soalan mengenai mengapa Hari Malaysia nampaknya hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak, dan bukan di semenanjung Malaysia juga.

Gobind melawat tapak acara Hari Malaysia di Padang Merdeka di Kota Kinabalu pada hari Sabtu (15 Sept) selaku pengerusi bersama program.

Disamping kenyataan itu, beliau juga menambah cadangan agar semua negeri di Malaysia untuk mengadakan program Hari Malaysia mereka yang tersendiri pada masa akan datang.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Kosmo

“Kita adalah negara berbilang kaum dan semua rakyat Malaysia perlu menghayati hari ini, serta keamanan dan keharmonian yang dinikmati sepanjang tahun ini,” katanya.

Beliau berkata bahawa semua rakyat Malaysia perlu memahami antara satu sama lain dan memupuk hubungan dan perpaduan yang lebih rapat disamping perbezaan kaum, agama dan budaya.

Gobind menjelaskan selepas perubahan kerajaan baharu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk mengadakan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Semenanjung manakala Sabah dipilih sebagai tuan rumah untuk sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Ini juga untuk meraikan perubahan kerajaan di Sabah,” katanya.

“Marilah kita semua bersama menikmati acara ini dan mengingati pengorbanan nenek moyang kita yang telah mewujudkan Malaysia,” kata Gobind.

Sumber: The Star Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds