Dalam kehidupan seharian, tidak salah rasanya jika kita lari seketika daripada tanggungjawab dan melakukan sesuatu yang menghiburkan.

videoPlayerId=800970c03

Ad will display in 09 seconds

Pada suatu hari, seorang pelajar perempuan yang berada di lapangan terbang telah melihat sebuah piano diletakkan di satu sudut dan sesiapa sahaja dibenarkan untuk menyentuh atau bermain piano berkenaan.

Sebaik sahaja melihat piano itu, gadis berkenaan turut mendekati dan bermain satu lagu klasik berjudul ‘Somewhere Over The Rainbow’. Alunan muzik yang dimainkan oleh pelajar ini sungguh merdu sehingga berjaya menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang.

Secara tiba-tiba, muncul dua juruterbang yang melihat piano itu dan turut berminat untuk mencubanya…

Apabila menyedari kehadiran dua juruterbang itu, gadis ini kemudian beralih bagi memberikan ruang kepada kedua-dua juruterbang berkenaan untuk bermain piano.

Sementara itu, si pelajar ini hanya memerhatikan setiap gerak-geri dan muzik yang dimainkan oleh mereka dari belakang. Seolah-olah seorang guru muzik sedang meneliti kemahiran anak muridnya bermain piano.

Setelah sekian lama memerhati, pelajar ini kemudian mengambil keputusan untuk menyertai mereka dan bersama-sama memainkan piano itu. Mereka akhirnya membentuk satu kumpulan pemain piano trio dan gabungan ini menjadikan seluruh suasana di lapangan terbang itu lebih meriah dan ceria!

Rupa-rupanya, salah seorang dari juruterbang itu adalah pemain piano profesional bernama Brendan Kavanagh yang gemar menyamar dan mengejutkan orang ramai dengan bakatnya.

Persembahan trio yang begitu menakjubkan!

Sumber: BLes Inspirador

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds