Masalah yang sering berlaku kepada sebahagian besar penduduk Malaysia adalah mempunyai berat dan saiz badan secara berlebihan. Tidak kira golongan wanita mahupun lelaki, kerana masalah ini sering kali menjadi  isu untuk dibualkan. Mereka sering bertanya pendapat bagaimana untuk mengecilkan saiz perut dan menurunkan berat badan. Sungguh pun terdapat pelbagai produk diet atau menguruskan badan, jika diambil secara kerap dan berlebihan tentunya akan memudaratkan kesihatan badan.

Oleh itu, apakata jika anda mencuba ramuan tradisional ini dimana ia tidak memerlukan kos perbelanjaan besar dan bahan-bahannya mudah didapati di sekitar pasar mahupun pasaraya.

Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat ramuan ini:

1. 3 batang serai

2. 2 biji limau kapas

3. Seuncang teh (jenama apa pun boleh)

4. 5 cawan air minum

Cara untuk menyediakan:

Potong batang serai kepada beberapa bahagian. Hiris dua biji limau kapas tersebut dan masukkan kira-kira 5 cawan air ke dalam periuk. Masukkan bahagian serai yang telah dipotong, hirisan limau kapas dan juga seuncang teh kedalam periuk. Tunggu sehingga mendidih dan lihat paras air dalam periuk tersebut menjadi kira-kira dua cawan. Saringkan air rebusan itu ke dalam cawan dan sedia untuk diminum. Anda juga boleh menyimpannya ke dalam bekas air untuk diminum pada kemudiannya. Amalkan ramuan ini untuk diminum setiap 2 kali sehari.

Ramuan ini tidak menjejaskan tubuh anda ketika melakukan sebarang aktiviti. Tetapi perlu diingatkan bahawa jangan bergantung kepada ramuan ini sahaja untuk mengurangkan berat badan, anda harus menjaga menu diet dan pemakanan yang sihat agar kesihatan anda terjaga.

Anda juga boleh menonton bagaimana cara menyediakannya:

Kredit: Ragam Indonesia/Youtube

Sumber: Cerpen, Ragam Indonesia/Youtube

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds