Bercakap soal solekan, kita sedia maklum terdapat lambakan jenama dan juga produk kosmetik yang ada di pasaran. Setiap bahagian wajah mempunyai produk tersendiri yang khusus.

Misalnya untuk bahagian mata sahaja, antara produk yang digunakan adalah krim untuk mengurangkan kesan lebam bawah mata, solekan pembayang mata, maskara, celak dan sebagainya.

Disebabkan inilah, kita sering mengalami masalah untuk menentukan produk terbaik dengan tona warna yang sesuai untuk kulit wajah kita. Salah satu produk yang amat penting untuk wajah adalah bedak asas atau foundation!

Terdapat dua jenis bedak asas yang terdapat di pasaran iaitu jenis serbuk dan juga cecair. Pemilihan bedak asas yang tepat dan bersesuaian dengan jenis kulit, tona warna dan juga ketahanannya adalah satu aspek yang perlu dititik beratkan. Jadi, sebelum membuat sebarang pembelian bedak asas yang sesuai, pastikan anda mengikuti tips-tips yang kami kongsikan di bawah:

#1 Adakah ia akan membuatkan wajah anda berminyak?

Kredit: Yahoo

SERBUK – Bedak asas jenis ini berupaya dalam penyerapan minyak dan memandangkan ia bukan dalam bentuk cecair, ia akan membuatkan wajah anda kelihatan tidak melekit atau berminyak (matte).

CECAIR – Bedak asas jenis cecair pula akan menyebabkan kulit kelihatan lebih lembap dan bagus untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Tetapi, jika kulit anda jenis berminyak, penggunaan bedak asas jenis ini akan mengakibatkan wajah kelihatan melekit dan berminyak.

#2 Adakah ia akan menyebabkan kulit anda mengering?

Kredit: Gezit

SERBUK – Memandangkan bedak asas ini mengandungi bahan penyerap minyak, ia akan mengeringkan kulit anda jauh lebih cepat berbanding penggunaan bedak asas cecair. Jadi, jika anda mempunyai kulit yang kering dan sensitif, elakkan memakai bedak asas serbuk.

CECAIR – Bedak asas ini mampu mengekalkan kelembapan kulit sekali gus mengelakkan wajah anda kelihatan kering dan kusam.

#3 Ketahanan bedak asas pada kulit wajah

Kredit: Fiverr

SERBUK – Bedak asas serbuk bersifat ringan, jadi biasanya ia tidak akan tahan lama pada kulit terutamanya jika anda mempunyai kulit berminyak dan kerap menyentuh wajah sendiri. Perpeluhan juga boleh menghilangkan lapisan bedak asas pada wajah.

CECAIR – Bedak asas jenis cecair dicipta untuk kekal sepanjang hari disebabkan oleh formulanya yang likat. Oleh demikian, kewujudan sebarang jenis cecair seperti minyak dan peluh tidak akan menyebakan solekan anda hilang begitu mudah.

#4 Yang mana satu boleh menutup kedutan dan pori dengan lebih baik?

Kredit: Skin & Tonics

SERBUK – Bedak asas jenis serbuk tidak mampu untuk mengurangkan kesan garis halus dan kedutan pada wajah lebih-lebih lagi jika anda hanya menggunakan solekan ringan.

CECAIR – Bedak asas cecair pula membantu membuatkan liang-liang pori dan juga kedutan pada wajah kelihatan lebih licin.

#5 Bedak asas mana yang memberikan lebih perlindungan kepada kulit?

Kredit: iStock

SERBUK – Bedak asas serbuk tidak mampu melindungi kulit daripada partikel berbahaya kerana teksturnya yang ringan dan halus.

CECAIR – Bedak asas cecair mampu memberikan lapisan perlindungan di atas kulit yang membantu mengekalkan kelembapan. Ia juga bertindak sebagai pelindung daripada partikel-partikel berbahaya yang terdapat pada udara.

Daripada 5 tips di atas, jelas bahawa setiap jenis bedak asas memiliki manfaat yang tersendiri bergantung kepada jenis kulit dan penggunaannya.

Masih keliru dengan pilihan bedak asas yang sesuai? Jangan ridau kerana produk bedak asas yang bagus untuk jenis kulit masyarakat Malaysia telah tiba di pasaran! Memperkenalkan, produk kosmetik baharu dari Sephora iaitu Matte Perfection Powder dan Matte Perfection Foundation…

Didatangi dalam dua jenis formula iaitu serbuk dan cecair serta bersesuaian untuk 15 jenis warna kulit, anda pasti akan menemui bedak asas terbaik untuk wajah anda. Kedua-dua produk baharu Sephora ini dikatakan menawarkan kesan yang licin dan sempurna dalam kadar segera!

Tidak seperti bedak asas cecair lain, Matte Perfection Foundation dijamin akan membuatkan wajah anda tidak berminyak mahupun melekit kerana formula bebas minyak yang terkandung di dalamnya.

Dengan harga RM78 setiap satu, anda pasti tidak akan berasa rugi dan patut mendapatkannya sekarang!

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds