Rick Sullivan merupakan seorang mekanik yang mengagumkan apabila beliau telah berjaya membina dan mengubah sebuah kenderaan pikap Ford Ranger lama dengan rupa dari atas ke bawah dan jika dilihat di atas jalan raya ia tidak ubah seperti kenderaan terbalik yang boleh bergerak.

videoPlayerId=3e7887953

Ad will display in 09 seconds

Rick telah mengambil masa selama enam bulan dan menghabiskan kira-kira RM24,000 bagi menjayakan projek transformasi kenderaan pikap berubah wajah menjadi kenderaan terbalik.

Rick memiliki bengkel membaiki dan membaik pulih kenderaan di Clinton, Illinois dan beliau telah membina kenderaan unik dan cantik ini dengan memasang komponen dan bahagian yang didapati daripada dua kenderaan.

Idea membina kenderaan terbalik ini timbul apabila Rick telah diminta untuk membaik pulih sebuah kenderaan pikap Ford Ranger lama. Jadi, Rick telah berasa terpanggil untuk memulakan projek ini.

Kenderaan pikap yang unik ini akhirnya telah berjaya dibina dan menemui kejayaan apabila ia  menjadi bahan kekaguman bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

Anak-anak buah Rick amat menggemari kereta terbaliknya dan Rick sering membawa mereka bersiar-siar dengan menaiki kenderaan ini.

Mereka berasa bangga apabila kereta terbalik ini sering menjadi tarikan orang ramai yang mengagumi keunikan dan kehebatan pembuatannya.

Satu kejayaan yang hebat lagi mengagumkan apabila imaginasi dan kepakaran kejuruteraan automobil telah merealisasikan satu impian menjadi kenyataan.

Era Baru

 

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds