Rancangan permainan dan pertandingan melepasi halangan sukar seperti Takeshi’s Castle, Ninja Warrior dan Wipeout sentiasa mendapat tempat di hati para peserta dan penonton.

videoPlayerId=acfe895af

Ad will display in 09 seconds

Permainan yang sangat sukar memerlukan para peserta memiliki kemahiran ketahanan mental dan fizikal  yang sangat tinggi.

Namun begitu, permainan ini tidak pernah gagal membawa unsur tekanan dan hilaian gelak ketawa pada masa yang sama seperti dalam rakaman video ini.

Apabila seseorang itu berani menyahut cabaran untuk bermain permainan halangan sukar, maka mereka perlu melalui segala halangan pada setiap peringkat, bermula dari peringkat yang mudah sehingga ke peringkat yang paling sukar.

Sudah pasti mereka akan tergelincir dan terjatuh. Adunan kemahiran ketangkasan fizikal dan kebijaksanaan minda bersama tuah.

Dalam rakaman video ini, seorang peserta sedang cuba melepasi halangan bergerak yang sukar.

Oleh kerana peserta ini tidak dapat mengatur strategi permainan dengan baik dan tidak tangkas, maka dia telah tergelincir, terjatuh dan gagal mengikut masa yang ditetapkan.

Cubaannya melepasi halangan dilakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga menyebabkan dirinya menjadi letih dan terbaring di bawah halangan, membuat para penonton dan peserta lain hanya mampu ketawa dengan kuat melihat gelagatnya.

Kepuasan melepasi halangan yang sukar sudah pasti akan membangkitkan kesoronokan dan keterujaan paling maksima.

Hanya seorang peserta yang paling kuat sahaja akan menjadi juara setelah berjaya melepasi segala peringkat halangan sukar dengan kebijaksanaan mental dan ketangkasan fizikal secara total.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria SUKAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds