Sejak dahulu lagi ramai antara kita yang percaya bahawa kembar seiras (monozygotic) mempunyai hubungan istimewa antara satu sama lain. Hal ini telah banyak kali dipaparkan dalam filem Hollywood, tetapi persoalan sebenarnya adalah, adakah hal ini sememangnya wujud dalam realiti?

videoPlayerId=16d4b512f

Ad will display in 09 seconds

Menerusi video dalam entri ini, kami akan menunjukkan gabungan beberapa video-video pendek yang menunjukkan seolah-olah saudara kembar mampu berinterasi sesama sendiri, walaupun mereka masih belum boleh bertutur!

Kredit: BLesInspirador

Kembar seiras merujuk kepada kembar yang mempunyai paras rupa yang serupa antara satu sama lain yang dihasilkan oleh persenyawaan ovum dan sperma, yang kemudiannya terbahagi kepada dua zigot yang berbeza, iaitu penghasilan dua orang bayi yang serupa dan dilengkapkan dengan DNA yang hampir-hampir sama.

Adalah penting untuk mengetahui bahawa kembar adalah produk bayi dari persenyawaan dua (atau lebih) ovum oleh dua (atau lebih) sperma, yang menghasilkan dua bayi yang berbeza dan juga jenis jantina yang berbeza, yang mana jantina bayi itu boleh menjadi perempuan ataupun lelaki.

Kredit: BLesInspirador

Sejak beberapa dekad yang lalu, kes-kes kelahiran kembar dua dan kembar tiga telah meningkat dengan ketara terutamanya disebabkan oleh persenyawaan yang dibantu dan lain-lain jenis rawatan perubatan yang membantu wanita untuk hamil. Walau bagaimanapun, proses ini tetap tidak mampu menghasilkan kehamilan kembar seiras kerana kehamilan jenis ini hanya boleh berlaku secara semulajadi.

Kredit: BLesInspirador

Beberapa fakta menarik tentang kembar seiras adalah:

Walaupun mereka adalah kembar seiras, namun mereka tetap tidak mempunyai cap jari yang sama, ini disebabkan oleh proses ketika bayi tersebut sedang dibentuk, kedua-duanya secara berasingan telah menyentuh kantung amniotik di tempat yang berbeza. Hal ini menyebabkan mereka mempunyai garis yang berbeza pada jari, oleh itu, mereka tidak mempunyai cap jari yang sama, menurut North Huffington Post.

Kebenarannya adalah kembar seiras tidak sama seperti yang dilihat kerana 25% daripada kembar akan membesar, yang mana turut menjadi refleksi kepada yang lain. Misalnya,  jika seseorang itu kidal, pasamgan kembarnya adalah orang yang biasa menggunakan tangan kanan.

Disamping itu, tidak perlu diterangkan lagi bahawa kembar seiras berkongsi pola pemikiran yang sama.

Kredit: BLesInspirador

Salah satu mitos tentang kembar adalah mereka mempunyai kuasa telepati dan komunikasi istimewa yang hanya boleh ‘diakses’ oleh mereka sahaja. Walau bagaimanapun, sains tidak pernah membuktikan tentang pernyataan ini. Apa yang boleh dikatakan hanyalah, kembar lazimnya mempunyai daya tarikan yang kuat dan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan masing-masing kerana mereka telah menghabiskan banyak masa bersama, iaitu sejak di dalam kandungan lagi. Oleh itu, tidak mustahillah mereka mempunyai naluri yang kuat sesama mereka.

Terdapat banyak mitos yang tidak sesuai dengan realiti saudara yang “serupa” ini, ada yang boleh disahkan tetapi terdapat banyak hujah yang terus menjadi misteri. Apa yang boleh dikatakan di sini adalah kembar sememangnya mempunyai tahap naluri yang sangat kuat sesama mereka sendiri.

Anda tidak percaya? Mari tonton video ini dan saksikan gerak geri mereka yang hampir serupa dan ada juga pasangan kembar yang bermain dengan gembira seolah-olah tiada hari esok!

Sumber: BLesInspirador

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds