Monty adalah seekor kucing yang sangat istimewa dan telah membuatkan ramai pengguna internet jatuh cinta kepadanya. Monty dilahirkan dengan penyakit sindrom down, yakni penyakit yang disebabkan oleh kelainan kromosom dan menyebabkan wajahnya kelihatan berbeza daripada kucing-kucing yang lain.

videoPlayerId=a543f3df3

Ad will display in 09 seconds

Pemilik Monty telah jatuh cinta pada pandangan pertama dengan si manja yang indah ini, walaupun ia tidak kelihatan seperti kucing yang lain. Bagi pemiliknya, Monty adalah kucing yang paling comel yang pernah mereka temui dalam hidup mereka. Jadi, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk memutuskan bahawa Monty perlu menjadi salah satu daripada ahli keluarga mereka.

Kredit: BLesInspirador

Pemilik kucing yang istimewa ini sentiasa memuat naik gambar dan video Monty dalam laman sosial yang dicipta khas buat Monty. Usaha ini sahaja telah membuktikan betapa pentingnya Monty dalam kehidupan mereka.

Kredit: monty_happiness/Instagram

Kini, Monty telah mempunyai kira-kira 487,000 pengikut di Instagram (@monty_happiness). Kami pasti setiap seorang pengikut ini pastinya begitu mencintai kucing yang comel ini.

Kredit: monty_happiness/Instagram

Tidak dapat dinafikan, Monty begitu beruntung kerana ditemukan dengan pemilik yang terbaik untuknya. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada Monty.

Kredit: BLesInspirador

Mari saksikan sedikit sebanyak video Monty yang sangat comel ini. Kami pasti, anda akan mula jatuh cinta kepadanya kerana ia terlalu comel untuk diabaikan!

Sumber: BLesInspirador

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds