Sebuah kompilasi video yang menampilkan kanak-kanak yang tertidur semasa bermain akibat letih. Melihatkan gelagat tidur mereka pelbagai menunjukkan posisi yang sungguh melucukan.

videoPlayerId=13478a185

Ad will display in 09 seconds

“Jadi … Adakah anda mahu tidur?” Ini adalah salah satu soalan paling umum yang dikatakan oleh ibu bapa terhadap anak kecil mereka. Dan, seperti yang kita semua ketahui hampir semua kanak-kanak yang mendengar soalan ini pasti akan menjawab “tidak mahu” ataupun “saya masih mahu bermain”.

Namun jika kita melihat dalam paparan video ini, hampir kesemua daripada mereka terlelap ataupun tertidur ketika masih bermain.

Posisi badan mereka sewaktu tidur juga pelik dan melucukan lebih-lebih lagi mereka ditindih oleh mainan mereka sendiri dan tidak kurang juga yang tidak mahu mengaku bahawa mereka sebenarnya sedang tidur.

Melihatkan video ini secara berulang kali pasti tidak akan membosankan, sekiranya anda berasa tertekan berada dalam pejabat anda boleh menonton video ini untuk menceriakan kembali hari anda.

Sumber: BLesINSPIRADOR

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds