Tarian merupakan salah satu aktiviti yang amat bermanfaat bukan sahaja kepada kesihatan diri tetapi juga mental. Selain boleh dijadikan sebagai satu senaman, tarian dapat menaikkan mood seseorang dan menjadikan kita lebih gembira serta tidak tertekan.

videoPlayerId=3738e8f12

Ad will display in 09 seconds

Terdapat pelbagai jenis tarian yang mewakili budaya dan trend dalam sesebuah masyarakat. Ada tarian tango, ballet, zapin, shuffle dan bermacam lagi tarian yang wujud di dunia ini.

Baru-baru ini menerusi satu pertandingan menari yang dikenali sebagai ‘Showdown of Champions’, salah satu pesertanya iaitu Madison dan Morgan telah menyertai pertandingan itu dan mempamerkan satu persembahan yang cukup memukau!

Pasangan duo ini telah menunjukkan gerak tari yang begitu bertenaga, lincah dan juga menyeronokkan sekali gus membuatkan kita turut ingin serta menari bersama.

iringan lagu ‘Hit The Ground Runnin’, Madison dan Morgan telah menjayakan persembahan yang diadakan di Knoxville, Tennessee.

Setiap langkah yang dilakukan oleh kedua-duanya dengan gerakan tangan yang hebat membuatkan persembahan ini bakal diingati untuk jangka masa yang lama!

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds