Video yang baru-baru ini dikongsi di laman Facebook Silvana Andrade yang merupakan sebuah organisasi kebajikan haiwan, melihatkan seekor burung condor yang bernama Sayani berdiri di atas batu, menyebarkan sayapnya yang megah setelah berada di pusat jagaan lebih daripada setahun.

videoPlayerId=f9067bfd7

Ad will display in 09 seconds

Sayani dijumpai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan pada Disember 2012 selepas diracun di Catamarca, Argentina. Dan dia bukanlah satu-satunya condor yang hampir mati diracun. Ini disebabkan oleh para petani di kawasan ladang menyembur racun untuk mengelakkan perosak daripada merosakkan tanaman ataupun hasil yang telah dituai.

Dengan bantuan polis dan pihak berkuasa tempatan, Sayani dihantar ke Zoo Buenos Aires untuk dirawat dan dijaga lebih daripada setahun. Akhirnya, 16 bulan selepas ditemui, burung itu cukup cergas untuk kembali bebas.

Pada 28 Mac 2014, penjaga Sayani berkumpul di atas gunung di Catamarca dengan Sayani untuk membebaskannya.

Sumber: BLesINSPIRADOR

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds