Kadangkala untuk membuat kejutan mengumumkan berita kehamilan kepada pasangan tersayang tidak memerlukan usaha keras, sehingga seseorang itu perlu mengadakan parti dengan mengajak ahli keluarga dan teman-teman untuk memberitahu berita gembira itu.

Kejutan daripada isteri ini dengan cara yang ringkas untuk memberitahu berita kehamilan kepada suaminya telah menjadi saat yang amat manis dan paling comel.

Kredit : Michael Gro/Youtube

Dalam rakaman video ini, seorang bakal ibu dilihat sedang duduk di atas katil di dalam biliknya dengan sabar sambil menunggu suaminya pulang dari kerja. Apabila suaminya melangkah ke dalam bilik tersebut, dia melihat isterinya sedang tersenyum manis. Kemudian dia melihat perkataan yang telah ditulis di atas sebiji belon putih yang berbunyi, “Hai ayah! Saya sudah tidak sabar bertemu kamu!”

Selepas bakal bapa ini memastikan yang mesej ini bukan gurauan, dengan gayanya yang comel, dia telah beredar dan terlompat-lompat di luar bilik mereka sambil menjerit-jerit kegembiraan meraikan berita kehamilan isterinya.

Kredit : Michael Gro/Youtube

Tidak lama kemudian, dia kembali semula ke bilik itu sambil melihat wajah isterinya dengan senyuman riang dan kemudian memeluknya dengan erat. Sudah pasti perasaan terujanya tidak dapat dikawal kerana bakal bapa ini terlalu gembira.

Kredit : Michael Gro/Youtube

Satu rancangan kejutan memberitahu berita gembira yang amat ringkas dan selamba, tetapi reaksinya amat manis dan paling comel. Semoga bakal bapa ini akan menjadi bapa penyayang yang hebat!

Lihat video reaksi menerima berita kehamilan daripada bakal bapa yang comel ini di bawah.

Kredit: Michael Gro/Youtube

Sumber : Michael Gro/Youtube, Inspiremore

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds