PUTRAJAYA – Pada 13 September yang lalu, Unit Integriti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memutuskan untuk memberikan tempoh sebulan kepada 14,000 pemilik lesen memandu terbang untuk menyerahkan semula lesen tersebut.

Kredit: Malay Mail

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, data dan rekod kesemua 14,000 pemilik lesen tersebut telah dikenal pasti dan akan disiasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan hukuman denda minima RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Sinchew

“Selama ini kita hanya mengambil tindakan terhadap sindiket yang terlibat dalam kes ini sahaja tetapi kali ini kita ada peruntukan bawah undang-undang untuk ambil tindakan terhadap pemilik lesen terbang ini juga,” ujar Anthony.

Jelas beliau lagi, sejak 4 September yang lalu, seramai 12 pegawai dan anggota JPJ yang berkhidmat di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak telah ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam sindiket berkenaan.

Kredit: Sinchew

Menurut laporan Kosmo, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan memproses maklumat pemohon dengan menggunakan prosedur penukaran lesen memandu luar negara sedangkan pemohon tidak pernah memiliki lesen memandu luar negara.

“Kita dapati pengeluaran lesen terbang yang dikeluarkan dengan bayaran sebanyak RM2,000 hingga RM3,500”.

Kredit: The Star

Anthony turut mengeluarkan arahan untuk menggantung kerja kesemua pegawai dan anggota JPJ yang telah ditahan dengan kadar serta-merta. Pihak SPRM juga akan terus melakukan siasatan yang akan membawa kepada lebih banyak penangkapan pegawai yang tidak bertanggungjawab.

“Kita juga akan perhalusi lagi kaedah penukaran lesen ini dan akan mempertimbangkan kaedah pengesahan lesen memandu asing.”

Kredit: Bernama News Channel/Facebook

Sumber: KosmoUtusan OnlineBernama News Channel/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds