Kita semua sangat mengetahui mengenai penderitaan. Sebagai manusia, kita sering kali menyebabkan spesies hidupan yang mendiami bersama menanggung penderitaan di planet bumi ini. Kemusnahan habitat, eksploitasi yang berlebihan, perubahan iklim dan pengenalan spesies invasif semuanya telah menyumbang kepupusan spesies yang keenam terbesar disebabkan oleh manusia.

Tetapi bagaimana jika kita dapat berjaya memulihkan beberapa kerosakan yang telah dilakukan ini dan juga membantu spesies terancam dari terus pupus? Walaupun ini adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan, tetapi kisah penyu laut ini dapat memberi kita beberapa sebab untuk berjuang.

Kredit: National Geographic Kids

Penyu laut telah menjelajah lautan selama lebih dari 100 juta tahun, tetapi menjadi sangat sukar kepada mereka untuk menjelajah sejak manusia mula mencerobohi habitatnya. Jutaan ekor termasuk telur penyu telah dijadikan sebagai hidangan manusia atas sebab mereka amat mudah untuk ditangkap. Manusia merosakkan habitat mereka untuk pembangunan, pencemaran di sepanjang pantai dan mereka juga  ditangkap secara tidak sengaja dan tersangkut dengan jaring nelayan.

Walau bagaimanapun, satu kajian terbaru mengenai 299 sarang di pelbagai lokasi seluruh dunia telah menunjukkan peningkatan ketara pada habitat sarang penyu. Menunjukkan bahawa hidupan yang megah ini mungkin membuat kemunculan yang luar biasa dari diambang kepupusan. Ini adalah berita baik, disebabkan pasukan penyelidikan telah menjalankan usaha pemuliharaan.

Kredit: Financial Tribune

Penyu laut diiktiraf sebagai hidupan terancam pada tahun 1970-an dan undang-undang telah diluluskan di Amerika Syarikat dan Mexico untuk melindungi mereka. Sejak itu, usaha pemuliharaan telah meningkat. WWF memperkenalkan mata kail ikan yang berbentuk bulat dimana untuk menghalang daripada ditelan oleh penyu laut dan juga jaring udang yang direka khas bagi penyu untuk mudah melepaskan diri sekiranya ditangkap. Langkah-langkah ini mengurangkan angka kematian penyu sehingga 90 peratus. Kaedah perlindungan juga termasuk membiarkan persisiran pantai yang gelap untuk mengelakkan daripada penyu terganggu dan membersihkan kawasan habitat mereka daripada kekotoran.

Kredit: Mint/Youtube

Contoh terbaik adalah pembersihan terbesar yang pernah dilakukan di pantai Versova, Mumbai, India. Sampah sarap dan plastik mencecah setinggi aras pinggang setelah dikumpulkan, sebuah pantai yang dahulunya penuh dengan buangan sampah sarap telah berubah menjadi pantai yang indah di mana penyu boleh kembali bersarang dengan selamat. Berkat usaha keras sukarelawan yang berdedikasi itu diketuai oleh peguam dan pejuang alam sekitar Afroz Shah, yang memulakan apa yang dipanggil oleh PBB sebagai “projek pembersihan pantai terbesar di dunia,” membersihkan 5 juta kilogram plastik yang luar biasa dalam masa 85 minggu. Juga secara peribadi menjaga laluan penyu pertama yang menetas untuk ke laut dari pantai Versova dalam beberapa dekad. “Saya mengeluarkan air mata apabila saya melihat mereka bergerak ke arah lautan,” katanya kepada The Guardian. “Setiap musim monsun, lautan akan membawa plastik dan kotoran ke pantai. Tetapi dengan melakukan pembersihan secara kerap, pantai tidak seperti dulu lagi,” kata seorang daripada sukarelawan. “Kami mempunyai hampir 30,000 murid sekolah dalam sistem jadual dan kira-kira 500 sukarelawan membersihkan secara berkala pada hujung minggu. Kami baru-baru ini juga mempunyai hampir 6000 orang ketika pembersihan pantai dilakukan pada 31 Mei 2018. “

Walaupun dengan inisiatif positif ini, penyu laut masih jauh dari tahap selamat. Hanya minggu ini, 300 ekor penyu ditemui mati di pantai Mexico, dikatakan telah terperangkap pada jaring. Enam daripada tujuh spesies penyu laut masih diambang kepupusan, ketika usaha pemuliharaan telah mula menunjukkan kesan positif. Masih banyak kerja yang harus dilakukan untuk memastikan bahawa makhluk-makhluk kuno yang cantik ini tidak akan pupus dari lautan kita selamanya.

Penyu laut telah berkeliaran di lautan selama lebih dari 100 juta tahun, tetapi telah menjadi sukar untuk dijejaki sejak manusia mula mencerobohi habitat mereka

Sumber: Bureau of Land Management

Jutaan ekor termasuk telur penyu telah dijadikan sebagai hidangan manusia atas sebab mereka amat mudah untuk ditangkap

Sumber: Papahānaumokuākea Marine National Monument

Mereka akhirnya tersangkut pada jaring ikan

Sumber: Jordi Chias

Perubahan iklim, pencemaran dan pembangunan di sepanjang pantai telah memusnahkan habitat mereka

Kredit: The New Republic

Baru-baru ini 300 ekor penyu ditemui mati di pantai Mexico, dipercayai terperangkap pada jaring nelayan

Kredit: Refresher

299 sarang di pelbagai lokasi seluruh dunia telah menunjukkan peningkatan ketara pada habitat sarang penyu

 

Sumber: Florida Fish and Wildlife

Inisiatif penduduk seperti di Mumbai, India, membersihkan pantai untuk dijadikan tempat sesuai bagi penyu untuk bertelur lagi

Sumber: Erik Solheim

Usaha ini diketuai oleh peguam dan pejuang alam sekitar, Afroz Shah

Sumber: Afroz Shah

PBB menggelarnya sebagai “projek pembersihan pantai terbesar di dunia,” mengumpulkan 5 juta kilogram plastik dalam masa 85 minggu

Sumber: Afroz Shah

Pernah menjadi kawasan plastik sampah dimana ketinggiannya mencecah aras pinggang

Sumber: Afroz Shah

Pantai ini telah berubah

Sumber: Afroz Shah

Persisiran pantai yang indah di mana penyu dapat bertelur dengan selamat

Sumber: Afroz Shah

“Saya mengalirkan air mata apabila saya melihat mereka berjalan ke arah lautan,” kata Encik Shah

Sumber: Afroz Shah

Enam dari tujuh spesies kura-kura laut masih dianggap sangat terancam, jadi masih banyak kerja yang harus dilakukan untuk memastikan makhluk-makhluk kuno yang cantik ini tidak hilang dari lautan kita selamanya

Sumber: Afroz Shah

Kini: Pemandangan pantai sekarang. “Kami mempunyai hampir 30,000 murid sekolah dalam sistem jadual dan kira-kira 500 sukarelawan membersihkan kawasan secara tetap pada hujung minggu,” kata seorang sukarelawan

Kredit: Vesti

Sumber: Bored Panda

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds